web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peniaga Dipenjara 15 Hari, Denda RM3,500 Lakukan Kekerasan Terhadap Penguatkuasa MBAS

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2024 4:11PM

Peniaga, Mohd Amirul Azmir Md Akhir dijatuhi hukuman penjara dan denda kerana melakukan kekerasan jenayah terhadap pembantu penguatkuasa Majlis Bandaraya Alor Setar, minggu lalu. gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Seorang peniaga terpaksa merengkok di penjara selama 15 hari dan didenda sebanyak RM3,500 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Alor Setar hari ini, kerana melakukan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam, minggu lalu.

Tertuduh, Mohd Amirul Azmir Md Akhir, 33, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di depan Majistret, Muhammad Zulhilmi Latif.

Majistret turut memerintahkan supaya tertuduh dipenjara selama lapan bulan sekiranya gagal membayar denda ditetapkan itu.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut kira-kira jam 11.38 malam, Khamis lalu di kawasan Dataran Alor Setar, Lebuh Raya Darul Aman, dekat sini.

Dia didakwa menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan seorang pembantu penguatkuasa Majlis Bandar Raya Alor Setar (MBAS) daripada menjalankan kewajipannya.

Ketika kejadian, berlaku pergelutan antara beliau dan pembantu penguatkuasa terbabit, malah tertuduh dirakam menendang dan mencampakkan bangku kecil kepada penjawat awam tersebut.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Negeri, Nasruna Nordien mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan, manakala tertuduh  diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Zuriyah Mhd Nordin.

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon supaya tertuduh dijatuhi hukuman setimpal kerana kes tersebut melibatkan penjawat awam, sekali gus menjadi pengajaran kepada pihak lain.

Peguam mewakili tertuduh bagaimanapun dalam rayuannya memohon supaya Mohd Amirul dikenakan hukuman minimum kerana pendapatannya tidak menentu, selain benar-benar menyesal serta sudah memohon maaf kepada pasukan penguatkuasa MBAS berhubung tindakannya itu.

Bagaimanapun, difahamkan beliau dihantar ke Penjara Pokok Sena bagi menjalani hukuman.

Sebelum ini, tular di media sosial klip video memaparkan kekecohan berlaku di dataran tersebut, kerana tertuduh tidak berpuas hati dengan tindakan penguatkuasa MBAS melakukan operasi sitaan.

Kejadian itu mendapat perhatian umum kerana lokasi tersebut terletak betul-betul di depan Masjid Negeri Kedah, Masjid Zahir. 

Kawasan terbabit adalah lokasi larangan perniagaan dan notis pemakluman turut dipaparkan menerusi papan tanda di situ sejak 2022, selain turut dikongsi di semua di laman media sosial MBAS dan masih terpakai hingga kini. - Getaran 18 Mac 2024.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Insiden Pokok Tumbang: Gerai Musnah, Peniaga Rugi Teruk

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kecoh Depan Masjid Zahir, 2 Lelaki Ditahan Halang Tugas Penguatkuasa 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Had Waktu Operasi Kedai Makan Sepanjang Ramadan - Dr Mohamad

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peniaga Tidak Terlibat Kenaikan SST Diingatkan Jangan Ambil Kesempatan

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran