web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peniaga Tidak Terlibat Kenaikan SST Diingatkan Jangan Ambil Kesempatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2024 8:17AM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Peniaga yang tidak terlibat dengan kenaikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diingatkan jangan mengambil kesempatan menaikkan harga barangan bagi mengaut lebih keuntungan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh berkata, ini kerana tindakan tersebut adalah tidak bertanggungjawab dan boleh dikenakan tindakan jika didapati bersalah.

"Pengguna harus tahu kategori apa yang dinaikkan SST. la ada banyak (kategori), tapi yang kita buat Ops Kesan ini ada empat, perhotelan, kesihatan dan kesejahteraan, pusat penyediaan latihan dan tunjuk ajar dan juga perkhidmatan dobi.

"Kita pantau Ops Kesan ini empat dan kita cari kedai yang nilai ambangnya lebih daripada RM500,000, bukannya yang kecil-kecil. Jadi, bukan semua yang naik dan juga orang ramai harus tahu bahawa makanan dan minuman tidak termasuk kenaikan SST," katanya selepas sesi jelajah mesra di Karnival Jualan Rahmah MADANI Pahang di Dataran Anjung Pusat Bandar Jengka di sini, semalam.

Fuziah berharap orang ramai lebih peka dengan maklumat berkaitan cukai SST dan mereka yang menghadapi masalah berkaitan kenaikan harga barangan boleh membuat aduan melalui aplikasi WhatsApp 019-848 000, memuat turun aplikasi EZ Aduan KPDN, menghubungi hotline KPDN 1-800-88-800 atau melayari portal E-Aduan KPDN di eaduan.kpdn.gov.my.

Beliau berkata, sejak Ops Kesan dilancarkan pada 1 Mac, lebih 1,000 pemeriksaan dilakukan oleh KPDN di seluruh negara dan 26 notis sudah dikeluarkan terhadap peniaga yang didapati melakukan kesalahan.

Sementara itu, di Kelantan Pengarah KPDN negeri, Azman Ismail berkata, pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap peniaga termasuk di bazar-bazar Ramadan sekiranya terdapat bukti mereka terlibat dalam pencatutan.

Azman berkata, meskipun peniaga barangan makanan seperti di bazar Ramadan tidak terlibat secara langsung dengan kenaikan SST dari enam kepada lapan peratus, namun pemantauan tetap dilakukan bagi memastikan tiada yang mengambil kesempatan.

Beliau berkata, di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, peniaga tidak boleh mengambil keuntungan melebihi 50 peratus daripada kos.

"Sekiranya ada peniaga terlibat dengan menaikkan harga jualan sewenang-wenangnya, kami akan mengambil tindakan selaras dengan akta yang diperuntukkan," katanya.

Di Perlis, KPDN membuat pemantauan harga barangan secara berterusan untuk memastikan tiada pihak mengambil kesempatan menaikkan harga selepas pelaksanaan kadar baharu SST bermula Jumaat lepas.

Pengarah KPDN Perlis, Norazah Jaapar berkata, Ops Kesan juga mula dilaksanakan pada hari sama melibatkan industri perhotelan.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, KPDN telah memulakan Ops Kesan 2024 bermula 1 Mac bertujuan memantau kesan pelaksanaan peningkatan kadar cukai perkhidmatan daripada enam peratus kepada lapan peratus.

Fokus pemantauan dan penguatkuasaan adalah untuk memastikan peniaga di semua peringkat tidak mengambil kesempatan untuk mencatut atau membuat kenaikan harga yang bertentangan dengan perundangan pancatutan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Insiden Pokok Tumbang: Gerai Musnah, Peniaga Rugi Teruk

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Peniaga Dipenjara 15 Hari, Denda RM3,500 Lakukan Kekerasan Terhadap Penguatkuasa MBAS

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kecoh Depan Masjid Zahir, 2 Lelaki Ditahan Halang Tugas Penguatkuasa 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Had Waktu Operasi Kedai Makan Sepanjang Ramadan - Dr Mohamad

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad