web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir: Aktiviti Perniagaan Di Rantau Panjang Diteruskan Dalam Berjaga-Jaga

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2023 5:18PM

Penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Golok, Rantau Panjang melakukan aktiviti seperti biasa biarpun beberapa kawasan tanah rendah mula dilimpahi air Sungai Golok ketika tinjauan malam tadi. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR MAS - Aktiviti perniagaan di Pekan Rantau Panjang masih diteruskan walau dilanda banjir, namun peniaga tetap berjaga-jaga selepas beberapa laluan dan pintu masuk ditutup kerana dinaiki air dari Sungai Golok.

Penjual makanan bakar, Natasa Berahim, 26, berkata paras air 0.2 meter hingga 0.5 meter di pekan itu baginya masih selamat dan boleh menjalankan perniagaan yang diusahakannya sejak lima tahun lalu, seperti biasa.

"Namun, melihat kepada trend air yang semakin naik, saya dan peniaga lain sudah bersiap sedia dan mengemas barang sekiranya perlu berpindah," katanya dan menambah walaupun banyak kedai sudah ditutup, premis makanan masih menjadi tumpuan pelanggan biarpun kedai mereka dimasuki air banjir.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Shapawi Stapa berkata, menerusi tinjauan yang dilakukan, pihaknya memantau dan memberi nasihat kepada penduduk yang ada sesetengahnya termasuk kanak-kanak bermain air di beberapa lokasi banjir.

"Semasa pemantauan, kami mendapatkan ibu bapa dan meminta mereka mengawasi pergerakan anak-anak semasa banjir, terutama ketika berhadapan dengan arus deras untuk mengelak kejadian tidak diingini berlaku," katanya.

Beliau berkata, antara lokasi yang masih dinaiki air di sekitar Pekan Rantau Panjang adalah Kampung Bagus, Kampung Kedai Lama dan Kampung Kubang Rambutan.

Sementara itu, Pengarah Pengurusan Bencana Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK), Nik Mohamed Nor Nik Ishak berkata, kelengkapan logistik di peringkat negeri disediakan bagi membantu mangsa banjir yang terjejas.

Beliau yang ditemui ketika membuat tinjauan bersama Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Mohd Adzhar Mujab berkata, kelengkapan itu melibatkan kenderaan pacuan empat roda, bot penyelamat, selain barang bantuan dari depoh yang dikendalikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad