web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sedekah PRU-15: SPRM Sudah Buka Kertas Siasatan - Azam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2023 11:55AM

Azam Baki - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Biarpun pemimpin PAS boleh mentafsirkan tindakan pemberian wang tunai ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) mengikut cara mereka, isu terbabit kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan pembelian undi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung pemberian wang tunai ketika kempen PRU-15 yang didakwa berlaku di Terengganu, seperti dipaparkan menerusi video di media sosial.

“Tidak mengapa jika mereka menggunakan istilah seperti sedekah. Ia tetap rasuah seperti ditakrifkan di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Kami (SPRM) sudah membuka beberapa kertas siasatan selepas menerima aduan ketika dan selepas pilihan raya, malah kami akan menyiasat setiap kes yang dirujuk kepada kami,” katanya seperti dilaporkan BH.

Berdasarkan Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, rasuah dianggap berlaku apabila calon atau mana-mana individu bertindak membeli undi, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dengan memberi atau menawarkan wang, hadiah, pekerjaan atau pinjaman ketika atau selepas pilihan raya.

Sesiapa didapati bersalah atas perbuatan itu, boleh dipenjara maksimum dua tahun, denda antara RM1,000 dan RM5,000 serta penjara hingga setahun.

Malah, calon boleh hilang kelayakan sebagai wakil rakyat dan hak untuk bertanding pada pilihan raya selama lima tahun.

Terdahulu, tular klip video memaparkan segelintir individu didakwa daripada PAS menghulurkan wang tunai kepada pengundi semasa kempen PRU-15, sehingga parti itu menerima kecaman hebat dalam kalangan pemimpin politik dan masyarakat.

Bagaimanapun, Sabtu lalu, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada satu sidang media mendakwa, pengagihan wang disalurkan beberapa individu kepada pengundi itu adalah sedekah.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, pemberian terbabit adalah hak orang awam yang ingin memberikan sumbangan.

Katanya, undang-undang menetapkan bahawa setiap calon dan wakil calon tidak boleh memberi wang ketika berkempen.

Tegasnya, namun sekiranya orang awam mahu melakukannya sebagai sedekah, ia terpulang kepada mereka.

Kenyataan Abdul Hadi itu turut diselar Ahmad Zahid sambil menegaskan bahawa sebagai ulama, pemimpin PAS terbabit perlu mempunyai integriti dan tidak boleh menukar fatwa sesuka hati.

Malah, Timbalan Perdana Menteri itu berkata, sekiranya ulama tidak memiliki integriti dalam berpolitik, mereka tidak akan dihormati rakyat dan orang Islam. - Getaran, 24 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 18 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam