web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Amalan Pemberian Duit Raya Eratkan Ikatan Persaudaraan

Amalan pemberian duit raya adalah satu daripada cara untuk mengeratkan tali persaudaraan sesama umat Islam selain membantu meringankan beban golongan memerlukan.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2022 4:31PM

Gambar Hiasan, Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Amalan pemberian duit raya sudah sinonim dengan masyarakat Islam di Malaysia tidak kira kepada kanak-kanak mahupun golongan dewasa, setiap kali menjelang sambutan Aidilfitri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata amalan itu adalah satu daripada cara untuk mengeratkan tali persaudaraan sesama umat Islam selain membantu meringankan beban golongan memerlukan.

Justeru, beliau berkata umat Islam seharusnya mengutamakan golongan asnaf dalam kalangan kaum kerabat mereka terlebih dahulu, sebelum masyarakat luar dalam apa jua perkara termasuk pemberian sedekah ataupun duit raya.

“Ada pepatah Arab pun menyebut yang bermaksud ‘kamu berbuat baik dengan seseorang itu, kamu akan dapat menawan hati dia’,” katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.

Idris berkata tidak kira sama ada si pemberi menganggap pemberiannya adalah sedekah, duit raya ataupun bantuan kebajikan ia bergantung kepada niat masing-masing.

“Kalau nawaitu (niat) dia hendak menunjuk-nunjuk, namakanlah sedekah, duit raya atau amal, (tetap) tidak beroleh pahala,” katanya.

Senada dengan Idris adalah Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Luqman Abdullah yang berkata duit raya boleh dianggap sebagai sedekah atau hadiah, mahupun hibah bahkan zakat, bergantung kepada niat pemberi itu sendiri.

“Kalau penerimanya (tergolong) daripada (kalangan) orang miskin, (duit raya tersebut) dianggap sebagai sedekah, kalau diberi sebab perayaan apa-apa dipanggil hadiah, kalau diberi (ketika) tiada sebarang majlis dianggap sebagai hibah,” katanya.

Sementara itu, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata amalan pemberian duit raya lebih bersifat budaya setempat di Malaysia manakala di beberapa negara Arab lain mungkin mempunyai amalan  sama tetapi tidak dengan pemberian wang.

“Tetapi ia bukanlah sesuatu bercanggah dengan agama kerana asasnya hari raya itu ialah kita melakukan aktiviti yang boleh memberi kegembiraan dan beri duit raya itu (boleh) menimbulkan kegembiraan.

“Bahkan ia adalah budaya terpuji kerana mempunyai elemen-elemen sedekah ataupun hadiah yang kedua-duanya amalan baik di sisi agama,” katanya.

Namun, jika ia menjadi satu budaya memaksa ataupun sekiranya tidak memberi duit raya akan menimbulkan salah sangka, maka ia adalah satu hal yang tidak bagus, menurut Mohd Asri.

“Jadi kita kena melihat, kalau ia menyebabkan berlakunya satu tekanan hingga orang tidak berani hendak terima tetamu kerana tidak ada duit raya dan seumpamanya, itu negatif.

“Kalau ia tidak sampai peringkat itu sebaliknya menimbulkan hubungan baik dan kasih sayang ataupun kegembiraan pada hari raya, ia suatu yang baik,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Budaya 2 minggu yang lalu

Legasi P. Ramlee Terus Dipelihara, Tunjang Warisan Budaya Negara

2

Budaya 1 bulan yang lalu

Serpihan Hospital Lama Kuah, Langkawi 'Bernafas' Semula Dalam Karya Seni 

3

Budaya 2 bulan yang lalu

Hidap SMA, Ainaa Buktikan Seni Tiada Batas

4

Budaya 2 bulan yang lalu

Langkawi Jadi Kanvas Terbuka Seni Kontemporari

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN