web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MARDI Realisasikan Hasrat Peniaga Keluar Pes Kari, Ikan Bakar

Seorang pemilik kedai makan bersyukur kerana hasratnya untuk mengeluarkan sendiri pes kari dan ikan bakar yang sering mendapat permintaan tinggi pelanggan akhirnya tercapai.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2022 8:54AM

Gambar: Mohd Syafiq Ambak, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seorang pemilik kedai makan bersyukur kerana hasratnya untuk mengeluarkan sendiri pes kari dan ikan bakar yang sering mendapat permintaan tinggi pelanggan akhirnya tercapai setelah mengikuti kursus di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Abdul Mutalib Mohamad, 38, yang mula berniaga secara kecil-kecilan pada tahun 2015 berkata MARDI banyak membantunya dalam mengendalikan proses untuk mengeluarkan produk pes kari ikan, kari ayam dan daging serta pes ikan bakar jenama Warung Santai D'River (WSDR).

Beliau berkata buat permulaan, pihaknya mengeluarkan 1,000 peket pes tersebut untuk dijual di lima cawangan Pasaraya Sabasun seluruh Terengganu dan di dua cawangan WSDR iaitu di Kuala Terengganu dan Paka.

"Saya juga telah mendapat tawaran awal dari Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk menembusi pasaran Dubai serta beberapa negara Asia Tenggara yang lain dalam masa terdekat. 

"Selain itu, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu juga banyak membantu dari segi promosi dan bimbingan perniagaan. Tanpa bantuan semua agensi dan jabatan kerajaan ini, impian untuk mengeluarkan sendiri pes jenama sendiri mungkin agak sukar dicapai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran pes kari WSDR yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu Mohd Iskandar Muhammad Aziz di sini hari ini.

Abdul Mutalib berkata beliau menggunakan modal sendiri sebanyak RM10,000 hasil keuntungan di dua cawangan kedai makan WSDR sebagai permulaan untuk mengeluarkan pes tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu Mohd Iskandar Muhammad Aziz (dua, kiri) bersama pemilik kedai Abdul Mutalib Mohamad, 38 ,(tengah) melihat beberapa jenis paket pes pada Majlis Pelancaran Pes D'River
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu Mohd Iskandar Muhammad Aziz (dua, kiri) bersama pemilik kedai Abdul Mutalib Mohamad, 38 ,(tengah) melihat beberapa jenis paket pes pada Majlis Pelancaran Pes D'River

"Setiap kali pelanggan tanya sama ada pes kari dan ikan bakar turut dijual, saya hanya mampu berkata ia akan dikeluarkan tidak lama lagi sedangkan saya sendiri tidak tahu bagaimana caranya untuk mengeluarkan pes jenama sendiri.

"Hasrat saya tercapai apabila seorang rakan mencadangkan agar saya mengikuti kursus di MARDI Terengganu pada tahun lepas dan terus berusaha merealisasikannya dalam tempoh tidak sampai dua bulan," katanya yang kini mempunyai 30 pekerja di dua cawangan kedai makan tersebut.

Terletak di tepi Sungai Terengganu dekat Kampung Pasir Tinggi di Kuala Terengganu, kedai makan WSDR menjadi tumpuan orang ramai dan pernah tular sebelum ini kerana menu utamanya, kari kepala ikan adalah hidangan yang jarang dijual oleh restoran atau kedai makan yang lain di sekitar Terengganu.

Mengakui tidak pernah mengikuti sebarang kursus masakan secara rasmi, Abdul Mutalib berkata resipi kari kepala ikan itu dipelajari daripada ibunya, Saadiah Awang, 65, yang berasal dari Singapura.

"Ibu saya pernah bekerja sebagai tukang giling rempah kari di restoran mamak di Singapura...apabila sudah berkahwin, dia berpindah ke Terengganu dan saya sangat menggemari masakan kari ibu kerana keenakannya tidak sama seperti kari yang lain.

"Tidak sangka pula, sambutan kari kepala ikan di WSDR ini sangat menggalakkan dan saya bersyukur kerana akhirnya dapat memenuhi permintaan pelanggan untuk menjual pes kari ini agar mereka dapat menyediakannya dengan lebih mudah dan menikmatinya pada bila-bila masa," katanya.

Harapannya, agar peniaga lain turut mengintai peluang yang disediakan kerajaan untuk membantu mereka mengembangkan lagi perniagaan seterusnya meneroka pasaran di luar negara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pemilik Resort Anjur Parti Aloha Didenda RM25,000

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Parti Aloha: Kerajaan Negeri Panggil Pemilik Resort

3

Jelajah 2 tahun yang lalu

Indahnya Tulip Mekar Di Malaysia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

FAMA Siasat Dakwaan Beras Putih Tempatan Tidak Berkualiti

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden