web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


FAMA Siasat Dakwaan Beras Putih Tempatan Tidak Berkualiti

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2023 3:47PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan menyiasat dakwaan beras putih tempatan (BPT) tidak berkualiti atau berkemungkinan dibungkus semula seperti tular di media sosial.

Pengerusinya, Aminuddin Zulkipli berkata, pihaknya memandang serius dakwaan terbabit dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika benar BPT yang berada dalam pasaran tidak berkualiti.

Beliau berkata sebelum ini terdapat isu berbangkit seperti isu beras dibungkus semula termasuk isu beras plastik tetapi setelah disiasat dakwaan terbabit tidak benar.

"Kalau dakwaan mengenai kualiti BPT ini yang paling baharu, namun begitu saya akan arahkan FAMA untuk ambil maklum perkara ini dan lakukan siasatan mendalam berhubung isu yang dibangkitkan pengguna. 

"Sebab melalui pengalaman lepas, dakwaan-dakwaan seperti ini ada yang asli dan ada juga yang palsu, jadi perlukan siasatan khusus dan mendalam supaya siasatan lapangan dapat dilakukan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Keterjaminan Makanan Bersepadu anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Perak di Kolej TAJ, dekat sini hari ini yang turut dihadiri Yang Dipertua DPMM Ir Kamarullafifie Ahmad. 

Aminuddin diminta mengulas satu tangkap layar seorang pengguna di laman media sosial Facebook IPOH STATION 18 AJERR yang mendakwa BPT diedarkan FAMA tidak mempunyai kualiti sama seperti sebelum ini, kerana mudah basi, tidak gebu dan lebih kusam. 

Status dimuat naik pengguna Amira Amir pada 15 November lalu itu mendapat 157 komen dan lima perkongsian.

Sementara itu, Aminuddin menambah, FAMA setakat ini diberikan bekalan mencukupi dan menerusi laporan diterima pihaknya, bekalan BPT mencukupi untuk keperluan rakyat negara ini.

"Setakat ini stok beras memang mencukupi dan kami boleh mengagihkan BPT kepada setiap outlet di bawah FAMA menerusi Agrobazaar Kedai Rakyat, Agrobazaar Rakyat serta menerusi Program Jualan Agro Madani.

“Cuma saya nak maklumkan FAMA belum lagi menerima laporan dan aduan tentang kualiti beras setakat ini sebab beras ini sifatnya turut ada tamat tempoh iaitu selama enam bulan, jadi kita alu-alukan laporan daripada pihak pengguna," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Mahu Penguatkuasaan Lebih Kerap Tangani Isu Beras Tempatan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekalan Beras Putih Tempatan Di Selangor Cukup Hingga Akhir Bulan Ini

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pengeluaran Beras Putih Tempatan Bakal Pulih Dalam Sebulan - Menteri

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Masalah Lambakan Sayur Akan Diteliti - Mohamad Sabu

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 17 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad