Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PM Mahu Penguatkuasaan Lebih Kerap Tangani Isu Beras Tempatan

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 Mar 2024 4:07PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pemantauan dan penguatkuasaan dilakukan lebih kerap bagi menangani isu kekurangan beras putih tempatan (BPT) di pasaran.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, pendekatan pemantauan dan penguatkuasaan itu menuntut perubahan bagi memastikan edaran BPT lebih berkesan.

"Saya sendiri mendengar permasalahan yang diluahkan oleh peniaga berhubung isu kekurangan BPT," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bersama Warga Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

Menyentuh mengenai Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) baru-baru ini, beliau berkata, ketegasan kerajaan dalam menangani isu harga dan bekalan beras sudah dizahirkan sehingga membawa kepada penurunan harga beras putih import (BPI) di pasaran.

"Alhamdulillah turun RM3, ada sesetengah tempat RM2, tapi umumnya (penurunan) RM2 hingga RM3, nilai yang dah cukup besar untuk pembeli dan pengguna biasa," kata Anwar.

Mengenai kekurangan BPT dalam pasaran, beliau berkata, mesyuarat NACCOL turut mendedahkan bahawa negara mempunyai 150,000 metrik tan beras tempatan untuk diedar, tapi ia tidak mencukupi untuk semua.

Anwar berkata, ketika ini BPT dijual dan diedar Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) pada harga RM26.

"Namun, kenyataannya adalah harga beras, gula, minyak mentah kita (Malaysia) paling murah di Asia Tenggara dan ia tidak diberi penekanan," katanya.

Pada 19 Mac lalu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan harga BPI turun antara RM2 hingga RM3 di pasaran berkuat kuasa semalam.

Pada masa ini, harga runcit BPI di pasaran adalah sekitar RM38 hingga RM45 untuk pek 10 kilogram (kg) dan dengan pengumuman pelarasan harga baharu, harga runcit BPI dijangka turun kepada RM35 untuk pek yang sama.

Sementara itu, Perdana Menteri menerusi catatan di Facebook beliau berkata, Kerajaan MADANI bertegas memastikan rakyat tidak diasak oleh pihak-pihak yang ingin mengambil keuntungan berlebihan, lebih-lebih lagi bagi barangan keperluan harian seperti beras.

Anwar berkata, kerajaan akan terus konsisten dengan pendekatan menyasarkan semula bantuan serta subsidi, seterusnya memastikannya ia sampai kepada rakyat yang memerlukan dan ia lebih dekat dengan makna keadilan.

"Sekiranya kita faham bahawa pendekatan subsidi pukal yang diguna pakai dahulu turut memanfaatkan golongan kaya dan warga asing, mengapa lagi mahu diteruskan?

"Lantaran itu subsidi mesti diarahkan (disasarkan) semula kepada masyarakat yang melarat dan terpinggir, dan ini tentunya mencakup golongan miskin bandar dan desa," katanya.

Anwar turut memanjatkan kesyukuran dan penghargaan kepada seluruh penjawat awam dan warga agensi kerajaan.

"Ikhtiar serta kudrat kalian untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat pasti akan mendatangkan hasil, tidak hanya kepada kalian sahaja tetapi kepada negara," kata Perdana Menteri. -BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kejayaan Proses Evakuasi Keluarga Nadir Al-Nuri Bukti PM Prihatin Kebajikan Rakyat

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Ajak Rakyat Sertai Jamuan Raya Di Batang Kali Hari Ini

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Kerajaan Sedia Segerakan Kemudahan Wad Kelas Ketiga HKL - PM

4

Semasa 3 minggu yang lalu

PM Pertahan Harga Barangan Keperluan, Jauh Lebih Rendah Berbanding Dulu

Sorotan

1

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

2

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

3

Proses Penamaan Calon PRK KKB Lancar - Polis Selangor

4

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

5

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

6

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Tiada Kasino Akan Dibuka, Bakal Beroperasi Di Johor - MB

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Disiasat, Muat Naik Hantaran Jelik Berkaitan Tragedi Helikopter TLDM

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

Semasa 8 jam yang lalu

Agenda Pemantapan Tatakelola, Integriti Jadi Asas Utama SPRM