web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Sedia Segerakan Kemudahan Wad Kelas Ketiga HKL - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2024 2:51PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama jururawat ketika menziarahi sempena Hari Raya Aidilfitri di Hospital Kuala Lumpur hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menyegerakan penyediaan kemudahan yang perlu di wad kelas tiga Hospital Kuala Lumpur (HKL) demi keselesaan pesakit, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad akan meneliti keperluan terbabit dan permasalahan lain untuk dibawa kepada perhatian Jemaah Menteri.

"Kita lihat sendiri macam kawasan wad kelas tiga itu panas sikit dan sesak, dan menteri (Dr Dzulkefly) akan bawa untuk perhatian Jemaah Menteri agar kita segerakan mana yang perlu," katanya kepada pemberita, hari ini.

Terdahulu, beliau dan isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, diiringi oleh Dr Dzulkefly dan Pengarah HKL, Datin Paduka Dr Rohana Johan, melawat pesakit yang sedang dirawat di wad perubatan kelas tiga hospital itu, di sini.

Anwar berkata, beliau yakin Dr Zulkefly dan Dr Rohana dimaklumkan masalah yang mendesak dan perlu diberi perhatian oleh Kementerian Kesihatan serta kerajaan, bagi memastikan penyediaan prasarana yang lebih baik di hospital berkenaan.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau mahu kajian menyeluruh dibuat tentang pemerolehan ubat-ubatan oleh semua hospital dan klinik kerajaan di negara ini agar tidak berlaku pembaziran dan kerugian.

"Apakah ubat-ubatan itu digunakan sepenuhnya, tidak ada pembaziran dan apakah keutamaan... itu kita perlu beri tumpuan kepada HKL kerana jumlah (yang diperlukan) lebih besar.

"... tetapi kita juga kena beri tumpuan kepada klinik di Kapit, klinik di Manek Urai umpamanya... jadi hal ini dilihat keseluruhannya oleh kementerian dan kita buat keputusan," jelas beliau.

Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah kepada HKL atas kecemerlangan prestasi hospital itu yang mendapat pengiktirafan dunia, dan beliau berharap pencapaian tersebut akan menjadi galakan kepada semua pihak untuk meningkatkan usaha dan khidmat mereka. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar