web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kami Berusaha Berdiam Diri, Tapi Makin Menjadi - Bella Astilah Minta Usah Sebarkan Fitnah 

Apa yang mengecewakan Bella adalah apabila ada pihak tidak bertanggungjawab sanggup menggunakan kenyataan Bella pada tahun 2019 dan disunting seolah-olah Bella ada memberi kenyataan yang baru.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2023 12:00PM

Bella Astilah dan Aliff Aziz - Gambar Instagram Bella Astilah 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semakin hari semakin banyak pihak yang tidak bertanggungjawab cuba menyebarkan berita fitnah atau berita yang tidak benar tentang selebriti-selebriti tempatan kita. 

Bukan setakat memutar-belit fakta, tapi ada juga yang ‘berani’ menyunting semula kenyataan lama seseorang selebriti dengan memberikan gambaran seolah-olah ia satu kenyataan baharu. 

Perkara ini turut menimpa pelakon dan penyanyi Bella Astilah yang juga isteri kepada Aliff Aziz sehingga dia terpaksa bersuara di media sosial. 

“Assalamualaikum, lama kami berdiam diri. Tetapi harini terpanggil untuk buat satu posting berkenaan tajuk-tajuk/artikel-artikel yang disebarkan di media sosial (Instagram, Facebook, Twitter dan Youtube).

“Oleh kerana kami tidak ingin memberikan sebarang kenyataan, para blogger telah mengambil jalan mudah dengan menggunakan kenyataan Bella pada tahun 2019 dan disunting seolah-olah Bella ada memberi kenyataan yang baru.

“Inilah yang dikatakan fitnah. Kami berusaha berdiam diri tapi makin menjadi. Ramai menyarankan kami untuk ambil tindakan dan saman tapi kami ada banyak lagi perkara yang perlu diutamakan. 

“Bila kami selalu post gambar bersama (gambar Bella dengan Aliff) orang cakap jangan menunjuk sangat, tapi bila kami tidak post, cakap kami bergaduh. 

“Dengan segala fitnah yang dilemparkan sedikit sebanyak menganggu kerja kami. Kami suami isteri sekarang sibuk mencari rezeki, membesarkan anak-anak yang sudah mula bersekolah, dan sedang menjalani rawatan. Minta tolong jasa baik anda semua untuk hentikan penyebaran yang tidak berasas ini,” katanya. 

Bella Astilah turut memberikan contoh beberapa hantaran atau kenyataan lamanya pada 2019 yang telah disunting semula oleh pihak tidak bertanggungjawab. 


Video diatas berkenaan mata bella pedih jadi terpaksa buang contact lens dan tiba2 bulu mata pun tercabut. (Video ini pada tahun 2019)

Tapi video tu diambil dan dijadikan thumbnail, diletakkan tajuk sebegitu dan disebarkan.

Kecewa dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu, Bella sekali lagi memohon jasa baik semua agar menghentikan segala spekulasi. 

“Kerana kami juga punya keluarga di Sabah/Singapura dan sahabat-sahabat yang sedang bekerja dan mereka sering ditanya soal ini,” katanya lagi.  – Getaran, 13 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Kes Khalwat: Aliff Aziz, Ruhainies Mengaku Tak Bersalah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Sekali Lagi Difitnah Ada Kaitan Dengan Raja Dadah India, Abdul Malik Buat Laporan Polis

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

"Hentikan Kenduri Selak Kain, Sarah Dan Aliff Sila Berambus Dari Malaysia" - Erma Fatima

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

oleh Sophia Ahmad

Filem & TV 11 jam yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN