web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bikini Jingga Menyala Deepika Padukone Dalam Filem 'Pathaan' Dikecam, Dikaitkan Dengan Hinduisme 

Namun, Deepika telah mendapat sokongan daripada salah seorang aktor Kannada, Prakash Raj yang berpendapat bahawa kecaman tersebut sebagai tidak masuk akal. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2022 3:00PM

Deepika Padukone dan Shah Rukh Khan dalam filem 'Pathaan' - Tangkapan layar video muzik 'Besharam Rang'

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramai yang tak sabar untuk menonton filem Bollywood terbaharu, Pathaan yang menggandingkan aktres Deepika Padukone dengan Datuk Shah Rukh Khan sebagai teraju utama. 

Filem itu akan mula ditayangkan di pawagam pada 25 Januari tahun hadapan, Namun, di sebalik keterujaan penonton menunggu kemunculan Pathaan, ia juga tidak terlepas daripada menerima kecaman. 

Kecaman yang dilontarkan tidak masuk akal iaitu berkenaan dengan bikini sarong yang dipakai Deepika di dalam babak lagu 'Besharam Rang' di dalam filem ini. Ia dikatakan berwarna saffron atau Bhagwa iaitu warna yang dikaitkan dengan Hinduisme. 

Puak radikal dengan membantah penggunaan bikini sarong Deepika yang cukup menggoda di dalam babak lagu filem itu. Mereka menganggap ia satu penghinaan. 

Beberapa menteri pula dilaporkan telah meminta supaya ia dilarang untuk diharamkan daripada ditayangkan. 

Namun, Deepika telah mendapat sokongan daripada salah seorang aktor Kannada, Prakash Raj yang berpendapat bahawa kecaman tersebut sebagai tidak masuk akal. 

Menurut, sesiapa yang melihat bikini itu sebagai Bahgwa adalah rabun warna kerana bikini itu sebenarnya berwarna ‘burnt orange’ (jingga menyala). 

Entahlah, pada masa-masa lalu, ada sahaja ada sahaja warna jingga sebegini yang digunakan untuk babak-babak lagu. 

Misalnya, 'Dhak Dhak Karne Laga' daripada filem Beta (1992) atau 'Gale Lag Ja' yang mengandingkan Akshay Kumar dan Katrina Kaif.  Namun, tiada pula protes seperti ini yang berlaku. 

Apa pun, Pathaan dianggap sebuah filem aksi penuh menghiburkan dan menjalani penggambaran di beberapa lokasi eksotik di Eropah. Filem ini turut menampilkan Salman Khan sebagai cameo, dan John Abraham sebagai watak antogonis utama.  – Getaran, 16 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Kecam Serangan Berterusan Israel Ke Atas Gaza

2

Politik 2 tahun yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

WGS 2024: Shah Rukh Khan Bawa Inovasi Teknologi Dalam Industri Filem India

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shah Rukh Khan Bakal Berlakon Dengan Anak Perempuannya, Suhana Khan Dalam Projek Filem Terbaharu 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 6 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN