web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Shah Rukh Khan Bakal Berlakon Dengan Anak Perempuannya, Suhana Khan Dalam Projek Filem Terbaharu 

Projek filem itu juga akan diterbitkan di bawah rumah produksi milik Shah Rukh iaitu Red Chillies Entertainment dengan kerjasama Marflix Pictures. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2023 4:23PM

Shah Rukh Khan dan anak perempuannya, Suhana Khan. - Gambar Instagram

oleh

Zara Sofea

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tahun 2023 adalah tahun yang cukup membawa tuah buat Datuk Shah Rukh Khan. Selepas mengecapi kutipan pecah panggung menerusi Pathaan, bintang mega Bollywood ini bakal muncul dengan filem Jawan dan Dunki

Penggambaran Jawan sudah pun selesai dan rasanya peminat sudah tidak sabar menantikan kemunculan teaser filem terbaharu lakonannya itu. Ia dianggap filem yang paling ditunggu-tunggu oleh peminat setianya. 

Suhana Khan - Gambar Instagram
Suhana Khan - Gambar Instagram

Dalam pada itu, Shah Rukh juga dilaporkan bakal berkolaborasi dengan anak perempuannya, Suhana Khan dalam sebuah projek filem terbaharu. 

Ya! Dengan kata lain, Shah Rukh akan berlakon dengan Suhana. Judulnya masih belum diketahui, tapia pa yang pasti, projek filem itu akan menyaksikan Shah Rukh bekerjasama sekali lagi dengan pengarah filem Pathaan iaitu Siddharth Anand. 

Projek filem itu juga akan diterbitkan di bawah rumah produksi milik Shah Rukh iaitu Red Chillies Entertainment dengan kerjasama Marflix Pictures. 

Aryan Khan dan bapanya, Shah Rukh Khan. - Gambar Instagram
Aryan Khan dan bapanya, Shah Rukh Khan. - Gambar Instagram

Menarikkan? Jika ia menjadi kenyataan, bermakna ini akan menjadi projek filem kedua buat Suhana tetapi pertama yang ditayangkan di pawagam. 

Sebelum ini, Suhana telah pun terlibat dalam filem untuk tayangan OTT iaitu The Archies yang ditayangkan di Netflix. Filem kolaborasi bersama bapanya ini akan menjadi projek filem terbesarnya. 

Ini juga adalah kerjasama julung kali pertama Shah Rukh bersama Suhana. Sebelumnya. Shah Rukh pernah bekerjasama dengan anak lelakinya, Aryan Khan untuk projek iklan komersial untuk jenama baju anaknya, D’yavol X.  – Getaran, 27 Jun 2023 

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

WGS 2024: Shah Rukh Khan Bawa Inovasi Teknologi Dalam Industri Filem India

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Shah Rukh Khan dan Ranveer Singh Jadi Cameo Dalam ‘Stardom’ Arahan Aryan Khan

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Shah Rukh Khan Failkan Tuntutan Saman Selepas Klip Video dan Gambar Filem 'Jawan' Tersebar Dan Viral Di Internet

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Tahukah Anda Shah Rukh Khan Pernah Menukar Namanya Kepada Abhinav Demi Mengahwini Gauri? 

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa