web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Shah Rukh Khan dan Ranveer Singh Jadi Cameo Dalam ‘Stardom’ Arahan Aryan Khan

Anak sulung Shah Rukh Khan ini akan mengarah siri web bertajuk 'Stardom' dan penggambaran projek pengarahan pertamanya itu akan bermula pada 27 Mei ini.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2023 4:42PM

Ranveer Singh, Aryan Khan dan Shah Rukh Khan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ramai yang tertunggu-tunggu tentang perkembangan terbaharu projek pengarahan pertama Aryan Khan setelah dia membuat pengakuan bahawa dia lebih berminat menjadi pengarah berbanding pelakon dan bakal mengarahkan sebuah siri web.

Kalau nak tahu, siri web yang bakal diarahkan anak sulung kepada Datuk Shah Rukh Khan ini berjudul Stardom dan sepertimana maksud judul tersebut, ia bakal berkisar mengenai dunia dan kehidupan glamor Bollywood. 

Menurut laporan Peeping Moon, bapanya iaitu Datuk Shah Rukh Khan dan aktor Ranveer Singh akan tampil sebagai cameo dan akan ditampilkan dalam episod yang berbeza.

Walaupun peranan mereka agak kecil, namun ia akan membawa cerita ke hadapan. Difahamkan, Shah Rukh dan Ranveer amat teruja untuk muncul dalam siri web pertama arahan Aryan ini.

'Stardom' juga akan dibarisi pelakon baharu yang berbakat bersama pelakon terkemuka yang sudah sekian lama berada di yang di dalam industri. Isteri kepada Ram Kapoor iaitu Gautami Kapoor akan membawakan watak utama.

Sebelum ini, dia dikenali dengan hasil kerjanya dalam beberapa program televisyen popular, misalnya 'Kyunki Saas Bhi Kabhi Bahu Thi' and 'Qubool Hai'.

Mengandungi enam episod yang mana kesemuanya ditulis Aryan sendiri, projek siri web yang bakal diterbitkan di bawah syarikat produksi Red Chillies Entertainment, milik bapa dan ibunya ini turut mendapat kerjasama daripada penulis India Pakistan, Bilal Siddiqui yang terkenal dengan novel, Bard of Blood. 

Siri web ini akan meneroka perjuangan getir sekumpulan pelakon baru berbakat yang berusaha untuk mencapai cita-cita dan impian mereka di Bollywood.

Siri web ini sarat dengan elemen unsur jenaka, drama, kegilaan dan banyak lagi. 'Stardom' juga dijadual memulakan penggambaran pada 27 Mei ini. – Getaran, 23 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

WGS 2024: Shah Rukh Khan Bawa Inovasi Teknologi Dalam Industri Filem India

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Shah Rukh Khan Bakal Berlakon Dengan Anak Perempuannya, Suhana Khan Dalam Projek Filem Terbaharu 

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Shah Rukh Khan Failkan Tuntutan Saman Selepas Klip Video dan Gambar Filem 'Jawan' Tersebar Dan Viral Di Internet

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Tahukah Anda Shah Rukh Khan Pernah Menukar Namanya Kepada Abhinav Demi Mengahwini Gauri? 

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa