web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Shah Rukh Khan Failkan Tuntutan Saman Selepas Klip Video dan Gambar Filem 'Jawan' Tersebar Dan Viral Di Internet

Susulan daripada itu, Mahkamah Tinggi Delhi telah meluluskan perintah untuk mengarahkan laman web yang tidak bertanggungjawab, platform TV kabel, perkhidmatan terus ke rumah (DTH) daripada menyebarkan kandungan hak cipta filem itu.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2023 12:02PM

'Jawan' adalah sebuah filem aksi thriller arahan Atlee Kumar yang dibintangi Shah Rukh Khan, Nayanthara serta Vijay Sethupathi sebagai watak utama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas berjaya mencatatkan kutipan filem pecah panggung menerusi Pathaan yang juga menyaksikan kemunculannya dengan watak teraju utama di layar perak selepas empat tahun, kini peminat tidak sabar menantikan filem lakonan Datuk Shah Rukh Khan yang seterusnya iaitu Jawan. 

Bahkan, ramai yang cuba mencari sebanyak mana info tentang apa saja perkara yang melibatkan filem arahan Atlee Kumar itu. Malangnya, belum sempat filem itu ditayangkan di pawagam, video dan foto filem tersebut telah pun bocor dan menjadi viral di internet. 

Susulan daripada itu, Mahkamah Tinggi Delhi telah meluluskan perintah untuk mengarahkan laman web yang tidak bertanggungjawab, platform TV kabel, perkhidmatan terus ke rumah (DTH) daripada menyebarkan kandungan hak cipta filem itu. 

Bahkan, Mahkamah Tinggi turut mengarahkan YouTube, Google, Twitter, dan Reddit untuk menurunkan klip video tular filem tersebut. 

Mahkamah Tinggi juga telah mengarahkan penyedia perkhidmatan internet untuk menyekat akses laman web yang mempunyai kandungan berhak cipta Jawan atau membenarkan muat turun yang sama.

Hakim C Hari Shankar meluluskan perintah itu selepas Red Chillies Entertainment Private Limited memfailkan saman berhubung pelanggaran hak cipta.  Red Chillies Entertainment adalah rumah produksi terkenal milik Shah Rukh Khan bersama isterinya, Gauri Khan.

Tuntutan saman yang difailkan itu menyatakan bahawa dua klip video Jawan yang tidak mendapat kebenaran telah dibocorkan dalam talian. Sebuah video tersebut memaparkan adegan pergaduhan Shah Rukh Khan, manakala sebuah lagi memaparkan babak tarian superstar dengan Nayanthara yang merupakan heroin utama filem itu.

Mahkamah Tinggi menyatakan kebimbangan terhadap kebocoran video dan gambar tersebut kerana ia sudah tentu akan menjejaskan promosi Jawan dan juga boleh menggalakkan jenayah cetak rompak sebaik sahaja filem itu ditayangkan di pawagam. 

Jawan adalah sebuah filem aksi thriller arahan Atlee Kumar yang dibintangi Shah Rukh Khan, Nayanthara serta Vijay Sethupathi sebagai watak utama. Filem ini bakal ditayangkan di pawagam pada 2 Jun 2023. – Getaran, 27 April 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

2

Semasa 3 hari yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

3

Semasa 3 hari yang lalu

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

4

Semasa 4 hari yang lalu

Nahas 5 Maut: Remaja Disyaki Memandu Secara Berbahaya, Melulu, Direman

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Muzik 9 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.