web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tahukah Anda Shah Rukh Khan Pernah Menukar Namanya Kepada Abhinav Demi Mengahwini Gauri? 

Pengarah filem Kabir Khan pula mendedahkan, sewaktu menuntut di kolej, dia hanya mengenali Shah Rukh sebagai teman lelaki kepada Gauri. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2023 11:18AM

Gauri dan Shah Rukh Khan - Gambar Instagram Shah Rukh Khan dan Gauri Khan 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mereka dianggap sebagai Raja dan Permaisuri Bollywood dan apabila Datuk Shah Rukh Khan dan Datin Gauri Khan mampu mempertahankan rumah tangga mereka selama 30 tahun, ramai yang cuba mengorek kisah cinta mereka waktu zaman muda-muda dahulu. 

Apa yang boleh dikatakan, kisah cinta mereka juga tidak jauh bezanya dengan naratif kisah cinta di dalam filem dan Shah Rukh seringkali memberitahu bahawa dia mula mengenali Gauri di sebuah kelab dan Gauri adalah wanita pertama yang menari dengannya. 

Selepas itu, segalanya adalah sejarah. Mereka kemudian bercinta, berkahwin, dikurniakan anak-anak, membina empayar rumah produksi mereka sendiri serta mempunyai kerjaya seni masing-masing. 

 Shah Rukh telah menukar namanya kepada Abhinaz semata-mata mahu mengahwini wanita yang dicintainya itu. - Gambar Instagram Shah Rukh Khan dan Gauri Khan
Shah Rukh telah menukar namanya kepada Abhinaz semata-mata mahu mengahwini wanita yang dicintainya itu. - Gambar Instagram Shah Rukh Khan dan Gauri Khan

Namun, selepas 30 tahun, Gauri telah mendedahkan informasi yang baharu tentang hubungan cinta mereka dahulu. 

Menurut Gauri, kedua-dua ibu bapanya sebetulnya tidak dapat menerima perkahwinan berbeza keyakinan. 

Oleh itu, Shah Rukh telah menukar namanya kepada Abhinaz semata-mata mahu mengahwini wanita yang dicintainya itu. 

“Kami sangat muda pada masa itu dan mengambil keputusan untuk berkahwin dan kemudian menyertai filem dan berbeza agama. 

“Kami kemudian menukar namanya kepada Abhinav supaya mereka yang lain memikirkan dia adalah pemuda Hindu. Tapi, bila saya memikirkan semula perkara itu, ia seperti satu tindakan bodoh dan keanak-anakan,” katanya.

Gauri Khan - Gambar Instagram Shah Rukh Khan dan Gauri Khan 
Gauri Khan - Gambar Instagram Shah Rukh Khan dan Gauri Khan 

Namun, Shah Rukh Khan ketika itu memang gila-gila jatuh cinta dengan Gauri serta sanggup melakukan apa sahaja untuk membuatkan ibu bapa Gauri gembira termasuk menukar namanya untuk berkahwin dengan Gauri. 

Dan, selepas 30 tahun, pasti ibu bapa Gauri sangat bangga kerana menantu lelaki mereka itu adalah superstar terkenal dunia serta disayangi ramai. 

Pengarah filem Kabir Khan pula mendedahkan, sewaktu menuntut di kolej, dia tidak mengetahui siapa Shah Rukh. 

“Saya cuma mengenali dia sebagai teman lelaki Gauri dan Shah Rukh waktu itu adalah senior di kolej saya. Saya dan Gauri sama-sama menjayakan produksi West Side Story di mana kami berdua adalah penari. 

“West Side Story adalah kisah mengenai dua kumpulan iaitu Sharks dan Jets. Saya dan Gauri dalam kumpulan Sharks. Gauri memang penari yang hebat, manakala saya pula boleh tahan. 

“Kami berlatih selama enam bulan dan Shah Rukh akan datang dan berjumpa dengannya. Dari situlah saya mula mengenali Shah Rukh dan kini kami bekerjasama dalam filem pula,” katanya. - Getaran, 10 April 2023 

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

WGS 2024: Shah Rukh Khan Bawa Inovasi Teknologi Dalam Industri Filem India

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Shah Rukh Khan Bakal Berlakon Dengan Anak Perempuannya, Suhana Khan Dalam Projek Filem Terbaharu 

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Shah Rukh Khan dan Ranveer Singh Jadi Cameo Dalam ‘Stardom’ Arahan Aryan Khan

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Shah Rukh Khan Failkan Tuntutan Saman Selepas Klip Video dan Gambar Filem 'Jawan' Tersebar Dan Viral Di Internet

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa