web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Kecam Serangan Berterusan Israel Ke Atas Gaza

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2024 9:16AM

Gambar REUTERS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Israel telah menyerang beberapa kem perlindungan Palestin di Tal as-sultan, Jabalia, Nuseirat dan Bandaraya Gaza dan membunuh hampir 200 oran awam dalam tempoh lebih 24 jam lepas.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan semalam berkata dalam tempoh 234 hari konflik ini berlangsung, kira-kira 35,984 warga Palestin, majoritinya wanita dan kanak-kanak telah terbunuh dan ramai lagi yang cedera.

Wisma Putra berkata, serangan rejim Israel tanpa henti, tanpa belas kasihan dan dengan sengaja menyerang rakyat Palestin adalah melanggar keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 24 Mei 2024, yang menuntut agar serangan tentera di Rafah dihentikan serta-merta.

"Tindakan berterusan Israel yang tidak menghiraukan keputusan ini menunjukkan Israel tidak menghormati badan kehakiman tertinggi dunia dan prinsip-prinsip yang dipegangnya. Ketidakpedulian masyarakat antarabangsa terhadap kekejaman ini akan memburukkan lagi situasi kemanusiaan yang semakin genting di Gaza. la akan menggugat aturan dunia, yang jelas berdasarkan kepada prinsip keadilan dan undang-undang antarabangsa," katanya.

Oleh itu, Wisma Putra berkata Malaysia menggesa agar masyarakat antarabangsa, termasuk negara anggota Konvensyen Genosid, untuk mengambil langkah-langkah yang perlu bagi melaksanakan keputusan ICJ, menghapuskan pengecualian hukuman dan terus berusaha ke arah mencapai keamanan yang berkekalan di Asia Barat. 

la berkata keganasan yang berterusan ini hanya akan dapat dihentikan melalui usaha yang komited ke arah perjanjian damai yang komprehensif, demi memastikan rakyat Palestin dapat hidup dengan bermaruah, dihormati dan selamat pada masa hadapan.

Sekurang-kurangnya 40 orang awam maut dan yang lain cedera, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak akibat pengeboman Israel keatas khemah-khemah perlindungan mereka yang hilang tempat tinggal di barat laut Bandar Rafah, selatan Gaza, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin mengesahkan mereka yang berada di dalam khemah ketika pengeboman terbakar hidup-hidup. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Luar Negara 1 bulan yang lalu

8 Negara Kecam Menteri Israel Berhubung Layanan Terhadap Tahanan Flotila

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

4

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad