web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2024 5:13PM

Taylor Swift tidak hadir ke Malaysia sebaliknya memilih Singapura untuk mengadakan konsert pada 2,3,4 dan 7,8,9 Mac - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu ketika dahulu, mereka lantang mengecam kerajaan kerana membenarkan penganjuran konsert kumpulan antarabangsa British, Coldplay.

Kali ini, kem yang sama mempersoalkan pula kegagalan kerajaan menarik kehadiran penyanyi wanita terkenal, Taylor Swift.

Tindakan dipelopori BERSATU itu menimbulkan persoalan ramai, apa sebenarnya kemahuan dan prinsip pembangkang? 

Rabu lalu, Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menerusi ciapan berkata, Malaysia terlepas peluang untuk menjana ekonomi negara apabila gagal ‘memujuk’ Swift beraksi di Malaysia.

It is a missed opportunity. We have A-list artists and content in our grasp via the arrangement with ASM. We must be more aggressive to get them in. The huge economic windfall is beyond politics. (Kita terlepas peluang. Kita ada senarai artis kategori A menerusi perjanjian bersama ASM. Kita perlu agresif mendapatkan mereka. Kejatuhan ekonomi bukan isu politik),” katanya menerusi ciapan di X.

Ia disusuli kenyataan Timbalan Pengerusi Perundangan dan Perlembagaan BERSATU, Sasha Lyna Abdul Latiff semalam yang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penjelasan berhubung kegagalan berkenaan.

Sasha Lyna turut menuntut penjelasan daripada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Dakwanya, Malaysia masih gagal memuktamadkan kedatangan Swift walaupun perbincangan telah dibuat sejak 2022 antara kerajaan dan promoter konsert tersebut.

Keadaan menjadi bertambah mengelirukan apabila Ketua ARMADA, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal pula tampil menyelar kenyataan dibuat Sasha.

When did BERSATU ever discuss about this? She is not a main leader of BERSATU to issue an official view of the party on this matter. Her view is her own and doesn’t represent BERSATU’s. None of our BERSATU MPs ever raised about this matter. (Bila pula BERSATU ada berbincang mengenai perkara ini? Beliau bukan pemimpin utama BERSATU untuk mengeluarkan kenyataan rasmi bagi pihak parti. Itu adalah pandangan peribadi beliau yang tidak mewakili BERSATU. Tiada Ahli Parlimen BERSATU pernah membangkitkan perkara ini),” katanya.

‘Serangan balas’ Ahli Parlimen Machang tersebut seolah-olah membayangkan wujud krisis kepimpinan dalam parti terbabit, apabila barisan pemimpin saling bertelagah.

Dalam perkembangan berkaitan, tinjauan mengenai isu sama di Facebook pula mendapati netizen saling mempersoalkan prinsip sebenar parti komponen Perikatan Nasional (PN) itu.

Asrul Sani misalnya berkata, kemahuan sebenar PN amat membingungkan.

“Bila lulus konsert depa kutuk. Bila tak bagi konsert pun depa kutuk

“PN ni nak apa sebenarnya,” katanya.

Pendapat senada diluahkan Helang Putih yang menyelar sikap pembangkang ketika pelbagai konsert lain dianjurkan sebelum ini.

“Bila buat konsert korang acah-acah terpaling ahli syurga.

“Tak buat  konsert kau pulak terpaling rugi,” katanya, sinis.

Ia turut dipersetujui Nurul Hidayah Mansor yang menyifatkan ulang pembangkang kali ini amat menggelikan hati.

“Kelakar teruk..Masa Konsert Coldplay (dan artis antarabangsa lain) bagai nak mati kecam sana sini smpai minta turun bala hujan ribut stadium runtuh segala. Kenapa masa tu tak nmpk pulah segala sektor boleh jana income? 

“Tak nampak pulak Stadium Bukit Jalil untung banyak sebab jumlah penonton paling tggi kalah rekod TokTi (Datuk Seri Siti Nurhaliza) nak harapkan game bola punya kutipan tiket tak berapa nak untung.

“Belum lagi sebut sektor perhotelan pengangkutan awam, F&B,  berganda untung. Coldplay pun akur pada peraturan, pakai baju tutup aurat.

“Baru sedar ke? Tetiba pulak sekarang nak konsert artis antarabangsa? Lawak!”katanya, keras. - Getaran, 7 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Kecam Serangan Berterusan Israel Ke Atas Gaza

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Tewas 0 - 4, Malaysia Jadi 'Mangsa' Netizen India

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN Pelangai: 16,456 Pengundi Tunai Tanggungjawab Esok

4

Politik 2 tahun yang lalu

'Mengata Dulang Paku Serpih', PN Kempen Di Masjid Boleh Pulak? - Netizen

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rosmah Mohon Doakan Najib Menjelang Prosedur Perubatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

oleh Sophia Ahmad