web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perdebatan Tentang Filem Utara VS India Selatan, Ini Jawapan Paling ‘Win’ Aishwarya Rai  

Aishwarya Rai bakal muncul dalam filem aksi zaman epik Tamil, Ponniyin Selvan I arahan Mani Ratnam.  

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2022 12:00PM

Gambar dari Instagram Aishwarya Rai

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Saat ini, sedang berlaku perdebatan hangat tentang industri perfileman India Selatan yang dikatakan telah mengambil kedudukan Bollywood disebabkan apabila sering meraih kutipan pecah panggung berbanding filem Hindi.  

SS Rajamouli adalah pengarah pertama yang memecahkan sempadan kemasukan filem India Selatan dalam pasaran Hindi sewaktu melancarkan file Baahubali kira-kira tujuh tahun yang lalu.  

Sejak itu, semakin banyak filem India Selatan yang diterima dengan begitu baik dalam pasaran Hindi yang mana ia telah dialih suara ke dalam bahasa Hindi seperti RRR, Pushpa dan KGF Chapter 2.  

Walaupun Bollywood secara perlahan-lahan seperti sudah kehilangan daya tarikannya, namun masih terdapat filem seperti Bhool Bhulaiyaa 2, dan Brahmastra yang berjaya diterima ramai serta meraih kutipan pecah panggung.  

Namun, ia masih tidak dapat melenyapkan perdebatan ini. Kebanyakan bintang-bintang Bollywood pula enggan campur tangan di dalam perdebatan ini kerana pada mereka, baik filem India Selatan mahu pun Bollywood, ia tetap satu industri.  

Aktres Aishwarya Rai Bachchan yang bakal muncul dalam filem Tamil, Ponniyin Selvan I arahan Mani Ratnam pula mempunyai jawapan yang cukup menarik di sebalik perdebatan hangat tersebut.  

Katanya, ini adalah saat yang cukup luar biasa, di mana kita perlu lari daripada kebiasaan yang  tipikal dalam melihat seseorang artis atau sesebuah filem.  

“Saya rasa ini adalah waktu yang tepat sekarang, kerana kita tidak dibataskan lagi oleh sebarang halangan.

“Orang tahu sinema kita di peringkat kebangsaan dan mereka mahu melihat industri kita dari setiap sudut,” katanya.  

Penglibatan Aishwarya di dalam Ponniyin Selvan amat dinantikan terutama selepas peminat melihat penampilan pertamanya dalam filem tersebut.  Ia turut dijayakan pelakon seperti Vikram, Trisha Krishnan, Jayam Ravi, Karthi dan Sobhita Dhulipala.

Ponniyin Selvan I adalah sebuah filem aksi zaman epik yang dihasilkan dalam dua bahagian berdasarkan kepada novel judul yang sama, hasil nukilan Kalki Krishnamurthy pada tahun 1955.

Ia berkisar mengenai zaman awal Arulmozhi Varman yang kemudian berhasil menguasai empayar Chola dan menjadi Maharaja Rajaraja Chola I (947 CE – 1014 CE). Filem Ponniyin Selvan I ini bakal ditayangkan di seluruh pawagam India dan beberapa negara Asia lain esok. - Getaran, 29 September 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Raih Kutipan Pecah Panggung Sebanyak RM9 Juta, Ponniyin Selvan 2 Turut Terima Pengiktirafan Malaysia Book Of Records

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Busana Aishwarya Rai Di Festival Filem Cannes Disamakan Dengan ‘Aluminium Foil’, Jadi Topik Hangat Di Media Sosial

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Punca Abhishek Bachchan Dengan Karisma Kapoor Putus Tunang Akhirnya Terbongkar Jua 

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 11 jam yang lalu

Adrian Teh Kembali Ke Genre Aksi, “Chelot’ Tampil Babak Pecah Rekod

oleh Sophia Ahmad

Filem & TV 1 hari yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

Khadam, kini secara rasmi dinobatkan sebagai filem tempatan nombor satu di Malaysia.

oleh Rahayu MN