web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Busana Aishwarya Rai Di Festival Filem Cannes Disamakan Dengan ‘Aluminium Foil’, Jadi Topik Hangat Di Media Sosial

‘Queen Of Cannes’ ini tampil dengan busana berwarna perak rekaan Sophie Couture yang disamakan dengan pembalut makanan ‘aluminium foil’

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2023 2:00PM

Aishwarya Rai yang mengenakan rekaan Sophie Couture di hamparan merah Festival Filem Cannes sekali lagi menjadi bualan hangat netizen. - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru-baru ini, bintang terkenal Bollywood, Aishwarya Rai dilihat telah menghadiri Festival Filem Cannes yang berlangsung di Cannes, Perancis.

Tahun ini merupakan tahun ke-21 bekas Ratu Cantik Dunia 1994 ini menghadiri festival filem yang menjadi tumpuan seluruh dunia itu.

Saban tahun penampilan Aishwarya pasti menjadi tumpuan dan ditunggu-tunggu oleh peminatnya.

Sesuilah dengan jolokan yang diberikan kepadanya iaitu ‘Queen Of Cannes’.

Tahun ini nama Aishwarya sekali lagi menjadi bualan ramai selepas  dia muncul di permaidani merah memakai busana berwarna perak rekaan Sophie Couture.

Busana yang sarat dengan perincian serta dilengkapi ‘hoodie’ bersaiz gergasi itu telah menjadi tular di media sosial kerana dikatakan kelihatan seolah-olah ‘aluminum foil’. 

Lantas penampilan Aishwarya itu menjadi perdebatan netizen di seluruh dunia terutamanya di India. Ada yang suka, ada juga yang mengecam gayanya yang dikatakan terlalu ‘over’.

Bagi pencinta fesyen, apa yang digayakan oleh pelakon filem Devdas itu adalah merupakan satu ‘fashion statement’ dan hanya mampu dibawa oleh wanita seperti Aishwarya Rai. 

Ini bukan kali pertama gaya Aishwarya menjadi cakap orang, sebelum ini dia pernah menjadi topik hangat apabila muncul dengan solekan gincu berwarna ungu. 

Malah tahun lalu juga dia tampil dengan busana yang sarat dengan perincian bersaiz gergasi yang disamakan dengan ‘croissant’.

Tahun lalu, Aishwarya tampil dengan busana yang sarat dengan perincian bersaiz gergasi yang disamakan dengan ‘croissant’. - Gambar Instagram
Tahun lalu, Aishwarya tampil dengan busana yang sarat dengan perincian bersaiz gergasi yang disamakan dengan ‘croissant’. - Gambar Instagram

Namun sayangkan, tahun ini Aishwarya hanya muncul untuk satu penampilan sahaja di karpet merah Festival Filem Cannes.

Nampaknya, terpaksa tunggu tahun hadapan untuk lihat apa pula busana yang akan dipakai oleh menantu kesayangan Amitabh Bachchan ini. – Getaran, 22 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Bakat Dari Malaysia Sertai Festival Filem Cannes Ke-76

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

‘Saya Kecewa Poster Filem Saya Tiada Di Booth Cannes,’ – Adrian Teh  Berharap FINAS Pentingkan Aspek Pemasaran Filem Malaysia 

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Raih Kutipan Pecah Panggung Sebanyak RM9 Juta, Ponniyin Selvan 2 Turut Terima Pengiktirafan Malaysia Book Of Records

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Deepika Padukone Diberi Penghormatan Untuk Dedahkan Trofi Piala Dunia 2022 Di Perlawanan Akhir 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu