web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bakat Dari Malaysia Sertai Festival Filem Cannes Ke-76

Penyertaan Dr Nisha Thayananthan anak kelahiran Malaysia yang kini menetap di Ireland dan pelakon serta model tempatan, Sangeeta Krishnasamy, pada acara berprestij itu menyuntik dimensi kepelbagaian kepada acara berkenaan.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2023 7:20PM

Sangeeta Krishnasamy di Festival Filem Cannes (CFF) ke-76 - Gambar Instagram Sangeeta Krishnasamy

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Festival Filem Cannes (CFF) ke-76 yang berlangsung dari 16 hingga 27 Mei di Cannes, Perancis menyediakan platform luar biasa untuk bakat-bakat dari Malaysia bersinar di persada antarabangsa.

Penyertaan Dr Nisha Thayananthan anak kelahiran Malaysia yang kini menetap di Ireland dan pelakon serta model tempatan, Sangeeta Krishnasamy, pada acara berprestij itu menyuntik dimensi kepelbagaian kepada acara berkenaan. 

Dr Nisha, seorang model sambilan dan pencinta fesyen berkata melangkah di karpet merah di CFF merupakan impian menjadi kenyataan baginya dan memberikan pengalaman yang sangat berharga.

"Ia adalah satu pengalaman yang menakjubkan dan perjalanan luar biasa menjadi seorang doktor di bilik pembedahan dan diundang ke karpet Festival Filem Cannes. Saya yakin wujudnya harmoni dalam bidang perubatan, fesyen dan pembikinan filem," kata Dr Nisha melalui WhatsApp kepada Bernama.

Dr Nisha percaya latar belakangnya sebagai doktor perubatan sudah pasti mempengaruhi pendekatannya terhadap filem yang dipaparkan di festival itu.

Beliau berkata filem-filem di Cannes itu memberikannya peluang untuk merenung kembali pengalaman hidup dan mengambil pengajaran yang bermakna untuk membantu masyarakat.

Antara filem yang meninggalkan impak ialah 'Black Flies' yang memaparkan perjalanan Ollie Cross, seorang pemuda yang bersiap sedia untuk ke sekolah perubatan dan mengetengahkan cabaran yang dihadapi oleh profesional perubatan.

“Kisah bidang perubatan yang begitu realistik ditonjolkan dalam filem itu berkaitan dengan profesion saya di bidang perubatan, mengetengahkan dedikasi dan daya tahan yang diperlukan untuk menyelamatkan nyawa walaupun menghadapi halangan," katanya. 

Mengenai pandangannya terhadap para profesional perubatan yang berhasrat untuk mengejar minat kreatif, Dr. Nisha menekankan kepentingan untuk mencari tujuan hidup dan lakukan apa yang diminati, tanpa memikirkan pandangan masyarakat.

"Meskipun menjadi doktor sepenuh masa menuntut banyak waktu dan tenaga, terlibat dalam usaha kreatif boleh memberikan kegembiraan, mengurangkan stres dan meningkatkan kemajuan diri. Dengan terlibat dalam usaha-usaha ini, para profesional muda dapat menjadi individu yang berdaya maju dalam bidang yang mereka pilih sambil memupuk sisi artistik mereka," katanya.

Sementara itu, Sangeeta yang kali pertama menyertai CFF percaya festival filem itu menjadi platform terkemuka untuk penerbit yang mahu mengintai kerjasama antarabangsa.

Beliau berkata banyak insentif menarik yang disediakan oleh pelbagai negara, Malaysia misalnya menawarkan insentif 30 peratus untuk penerbitan filem asing yang memilih membuat penggambaran di negara ini.

"Negara lain turut memberikan insentif seperti Sepanyol, Iran, Brazil dan Taiwan...mereka bekerjasama dengan Malaysia," katanya. 

Beliau berkata CCF tahun ini telah menyaksikan penyertaan banyak negara ASEAN, yang membawa kepada pengenalan tumpuan ASEAN-Eropah, sambil menambah bahawa inisiatif itu bertujuan untuk memudahkan hubungan antara pembuat filem ASEAN dan Eropah, memupuk pembiayaan bersama dan kerjasama penerbitan bersama. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

‘Saya Kecewa Poster Filem Saya Tiada Di Booth Cannes,’ – Adrian Teh  Berharap FINAS Pentingkan Aspek Pemasaran Filem Malaysia 

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Busana Aishwarya Rai Di Festival Filem Cannes Disamakan Dengan ‘Aluminium Foil’, Jadi Topik Hangat Di Media Sosial

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Deepika Padukone Diberi Penghormatan Untuk Dedahkan Trofi Piala Dunia 2022 Di Perlawanan Akhir 

4

Gaya 4 tahun yang lalu

Kembalinya Festival Filem Cannes Dan Aneka Busananya

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...