web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kembalinya Festival Filem Cannes Dan Aneka Busananya

Meskipun terdapat sekatan COVID-19, namun Festival Filem Cannes ke-74 telah terbukti menjadi cukup glamor dengan gaya fesyen yang menarik dan memikat hati.

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2021 2:30PM

Tilda Swinton dan Spike Lee. Gambar: Instagram Haider Ackermann dan AlarmFashion

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Festival Filem Cannes akhirnya kembali dengan gahnya pada tahun ini selepas ditunda tahun lalu. Festival yang dinanti-nantikan ramai ini berlangsung dengan gilang-gemilang walaupun masih dibayangi COVID-19.

Festival yang berlangsung dari 6 hingga 17 Julai di Cannes, Perancis ini merupakan antara tiga acara berprestij dan terbesar di samping Festival Film Venezia dan Festival Film International Berlin.

Meskipun terdapat sekatan COVID-19, namun acara ini telah terbukti menjadi cukup glamor dengan gaya fesyen yang menarik dan memikat hati. Acara ini dihadiri oleh para pelakon terkenal serta penggiat filem dari berbagai produksi seluruh dunia.

Tahun ini barisan juri diketuai oleh pengarah dan penerbit asal Amerika Syarikat, Spike Lee dan anugerah paling dinanti-nanti, Palme d'or jatuh ke tangan pengarah dan penulis skrip Perancis, Julia Ducournau untuk filem Titane, sekali gus menjadikan beliau pengarah wanita kedua memenangi anugerah itu.

Selain menantikan filem terbaharu yang ditayangkan dan dinilai, tampilan tetamu yang hadir juga tak kalah mencuri perhatian dunia. 

Festival Filem Cannes juga dikenali dengan ajnas gaya berkat photocall yang diadakan pada setiap penayangan filem serta acara karpet merah tradisi pada acara kemuncak.

Dari smart casual sehingga dress dan sut mewah, penampilan para selebriti yang menghadiri acara anugerah kali ini tidak mengecewakan, bahkan ia boleh dikatakan sebagai salah satu penampilan terbaik yang pernah ditunjukkan di festival ini. 

Kebanyakkan mereka mengenakan busana daripada jenama fesyen terkenal seperti Schiaparelli, Louis Vuitton, Dolce & Gabbana, Gucci, Tom Ford, Balenciaga dan sebagainya.

Berikut adalah antara busana pilihan kami di Festival Filem Cannes tahun ini:

- Getaran, 20 Julai 2021


 

Berita Berkaitan

1

Gaya 44 minit yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

2

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

3

Gaya 1 minggu yang lalu

Pos Malaysia, Perhilitan Perkenal Setem Khas Burung Bayan Malaysia

4

Selebriti 2 minggu yang lalu

Pasya Yakin Pentas Bersama Search Luaskan Pengaruh Karier Solo

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Gaya 44 minit yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN