web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Raih Kutipan Pecah Panggung Sebanyak RM9 Juta, Ponniyin Selvan 2 Turut Terima Pengiktirafan Malaysia Book Of Records

Filem Ponniyin Selvan 2 arahan Mani Ratnam membariskan pelakon Bollywood dan Kollywood popular dan ternama seperti Aishwarya Rai, Jayam Ravi, Karthi, Trisha dan Vikram. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2023 4:03PM

Saradha Sivalingam (dua kiri) bersama pasukan produksi Lyca Productions menerima pengiktirafan Malaysia Book Of Records untuk filem Ponniyin Selvan 2. - Gambar MBOR

oleh

Zara Sofea

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem Tamil Ponniyin Selvan 2 (PS2) yang diarahkan pengarah tersohor, Mani Ratnam meraih pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) atas pencapaian Filem India Pertama Diedarkan Dalam Format Sinematik 4DX.

Majlis pengiktirafan tersebut telah diadakan di Foyer, Aurum Theatre, The Gardens Mall (Mid Valley City), Kuala Lumpur, semalam bersama wakil daripada rumah produksi Lyca Productions yang bertanggungjawab menerbitkan filem epik sejarah tersebut, manakala MSK Cinemas Sdn Bhd selaku wakil pengedar filem di Malaysia. 

Pengarah MSK Cinemas Sdn Bhd, Saradha Sivalingam, pihaknya bersyukur dengan pengiktirafan yang diterima daripada MBOR.

Saradha Sivalingam - Gambar MBOR
Saradha Sivalingam - Gambar MBOR

Ponniyin Selvam 2 adalah filem pertama dari India yang ditayangkan dalam format 4DX. Sebelum ini, memang tidak pernah ada mana-mana filem yang ditayangkan dalam format sebegini. 

“Malah, Ponniyin Selvan 2 sebenarnya merupakan filem India pertama di seluruh dunia yang ditayangkan dalam format 4DX,” katanya. 

Menurut Saradha lagi, menonton filem dalam format 4DX adalah suatu pengalaman yang menarik dan mengujakan. 

“Ia umpama menaiki roller coaster sambil menikmati bunyi audio sekeliling, kerusi bergerak, ada efek seperti air dan asap.

“Inilah respon yang kami terima daripada penonton-penonton Ponniyin Selvan 2 sendiri. Kata mereka, menonton filem itu dengan format 4DX berbeza dengan menonton filem lain di pawagam. 

“Mereka sangat menyukainya dan menyifatkan pengalaman menonton kali ini lebih berbentuk suatu pengembaraan,” katanya. 

Jelas Saradha lagi, selepas PS2 mencatatkan kejayaan pecah panggung di Malaysia dengan kutipan sebanyak RM9 juta, MSK Cinemas berhasrat untuk membawa lebih banyak lagi filem dalam format 4DX.

“Saya dan suami berhasrat menerbitkan sebuah filem Melayu yang boleh ditonton semua golongan dan bangsa. Sebenarnya pelaburan sesebuah filem untuk dibuat dalam format 4DX suatu yang berbaloi meskipun harga tiket dua kali ganda tetapi kos produksi yang tinggi memberi pulangan untuk tayangan selama sebulan.

“Saya berharap suatu hari nanti Malaysia dapat menerbitkan filem Melayu atau filem tempatan seperti filem aksi dalam format 4DX,” katanya. 

Filem Ponniyin Selvan 2 membariskan pelakon Bollywood dan Kollywood popular dan ternama seperti Aishwarya Rai, Jayam Ravi, Karthi, Trisha dan Vikram. 

Di Malaysia, 4 lokasi yang menyediakan tayangan Ponniyin Selvan 2 4DX adalah seperti di GSC IOI City Mall Putrajaya, GSC 1 Utama manakala GSC Mid Valley Southkey dan GSC Paradigm di Johor Bahru. – Getaran, 24 Mei 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Zfix Catat Nama Dalam MBR, Tukar Lebih 1,000 Bateri  HP Dalam Masa 12 Jam

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

3

Semasa 2 tahun yang lalu

3 Generasi Masak 10,000 Pek Mi Goreng Sotong Percuma 24 Jam

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM