web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zfix Catat Nama Dalam MBR, Tukar Lebih 1,000 Bateri  HP Dalam Masa 12 Jam

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2025 4:45PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Syarikat jenama tempatan yang kini berusaha mencipta nama dalam bidang pembaikan telefon pintar, Zfix atau Z Empire Sdn Bhd, melakar sejarah apabila berjaya mencatatkan nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR). 

Syarikat itu mencipta rekod baharu untuk kategori ‘Penukaran Bateri iPhone Terbanyak Dalam Masa 12 Jam’ selepas berjaya menukar lebih daripada 1,000 unit bateri iPhone hanya dalam tempoh sehari.

Percubaan mencipta rekod ini berlangsung di cawangan terbaharu Zfix yang terletak di Bangunan PKNS Bizpoint, Shah Alam, semalam.

Biarpun acara dijadualkan dari jam 10 pagi hingga 10 malam, sasaran 1,000 unit bateri telah berjaya diraih sebelum jam 4 petang. 

Ini kerana acara ini mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai termasuk pengguna setia, pencinta teknologi serta komuniti tempatan yang hadir untuk menyaksikan sendiri usaha syarikat anak tempatan ini.

Cubaan mencipta rekod ini melibatkan 30 juruteknik bertauliah yang bekerja tanpa henti, dibantu 10 petugas audit dan sokongan operasi, serta lima kaunter verifikasi sah. 

Setiap proses penukaran bateri dijalankan mengikut garis panduan ketat Malaysia Book of Records, yang menyaksikan nombor siri bateri lama dan baharu direkodkan dalam sistem manual serta digital, disahkan juruteknik dan penyelia teknikal, serta dirakam secara berterusan sebagai bukti rasmi. 

Semua data ini kemudiannya disemak dan diserahkan kepada pihak Malaysia Book of Records bagi pengesahan rekod.

Menurut Pengarah Zfix, Muhammad Zulhelmi Mohd Yusof, kejayaan ini membawa makna yang besar kepada syarikat dan industri. 

“Ini bukan sekadar soal angka, tetapi soal kepercayaan. Kami ingin buktikan bahawa servis telefon pintar boleh dijalankan secara sah, telus dan dengan integriti. Rekod ini adalah simbol komitmen Zfix terhadap inovasi serta kepuasan pelanggan.

“Jika ada yang tertanya-tanya mengapa kami memilih iPhone untuk usaha ini, jawapannya mudah. Saya berpendapat iPhone ini mudah untuk capai sasaran kerana sirinya tidaklah terlalu banyak. Kalau kami sasarkan semua jenis telefon pintar atau android,  kemungkinan sasaran itu susah untuk dicapai,” jelas Zulhelmi. 

Muhammad Zulhelmi Mohd Yusof,
Muhammad Zulhelmi Mohd Yusof,

Selain penukaran bateri, acara ini turut dimeriahkan dengan ‘Zfix Mobile Fest’ yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung. 

Antara tarikan termasuk pemeriksaan telefon percuma, bengkel mini penjagaan peranti pintar, cabutan bertuah, photo booth interaktif serta zon kanak-kanak. 

Inisiatif ini menjadikan acara bukan sahaja tentang mencipta rekod, tetapi juga tentang mendekatkan komuniti dengan dunia teknologi dalam suasana santai dan inklusif.

Dengan pencapaian tersebut, Zfix dilihat berjaya mengangkat martabat jenama tempatan, bahkan mampu menetapkan piawaian baharu dalam servis teknologi bertauliah. 

Pengiktirafan Malaysia Book of Records ini diharap menjadi pemangkin kepada perkembangan industri pembaikan telefon pintar tempatan ke arah lebih profesional, selamat dan diyakini pengguna.

Ditubuhkan pada 2022, Zfix berkembang pesat sebagai penyedia servis dipercayai, khususnya bagi pengguna peranti Apple. 

Kejayaan ini mengukuhkan lagi reputasi syarikat yang dikenali dengan pendekatan profesional, telus dan beretika, serta membuktikan bahawa syarikat tempatan juga mampu menetapkan standard industri bertaraf antarabangsa. - Getaran, 8 September 2025

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

3 Generasi Masak 10,000 Pek Mi Goreng Sotong Percuma 24 Jam

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Raih Kutipan Pecah Panggung Sebanyak RM9 Juta, Ponniyin Selvan 2 Turut Terima Pengiktirafan Malaysia Book Of Records

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Suria FM Cipta Rekod Bersiaran Dari Atas Kapal Persiaran Mewah Genting Dream 

4

Gaya 3 tahun yang lalu

Mrs Malaysia World 2022 Lakar Nama Dalam Malaysia Book of Records

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 14 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad