web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Generasi Masak 10,000 Pek Mi Goreng Sotong Percuma 24 Jam

Program 'Most Mee Goreng Sotong Giveaway' dijalankan bermula 5 petang semalam hingga 5 petang hari ini.

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2024 8:06AM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Padang Kota Lama di sini bagaikan ‘pesta mi goreng sotong’ apabila Young Muslim Sports Club (YMSC) bersama Seeni Food & Beverage Sdn Bhd kini dalam percubaan mencatat rekod Malaysia Book of Records (MBOR) dengan memberikan 10,000 pek mi percuma kepada orang awam.

Presiden YMSC, Munowar Sadiq MKE Kader Sultan berkata, program 'Most Mee Goreng Sotong Giveaway' dijalankan selama 24 jam bermula 5 petang semalam hingga 5 petang esok.

"Dalam satu jam, kita nak sasar 500 pek jadi 10 jam 5,000 pek dan dalam 20 jam sebanyak 10,000 pek sementara kita sasar untuk habis dalam masa 20 jam. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dengan 16,000 pek berjaya dicapai dalam satu jam sahaja,” katanya ketika ditemui Bernama di Padang Kota Lama di sini semalam.

Lebih menarik perhatian, tukang masak mi goreng sotong tersebut terdiri daripada tiga generasi iaitu Sheik Abidin Akm Mustaffa, 80, anaknya Seeni Mohamed Sheik Abidin, 47, dan cucu Syed Muhammad Hafiz Seeni Mohamed, 24.

Munowar Sadiq berkata, program itu merupakan idea cetusan Syed Muhamad Hafiz dan perbelanjaan keseluruhan menelan hampir RM100,000.

"Untuk 10,000 pek ini kita belanja habis RM100,000, untuk mi goreng sahaja RM50,000. Satu peket mi, RM4 hingga RM5 dan kita bagi sarbat (minuman) sekali, baki RM50,000 dibelanjakan untuk permit, khemah, peralatan, sistem bunyi dan sebagainya," katanya.

Program 'Most Mee Goreng Sotong Giveaway' mendapat sambutan hangat pengunjung yang mengambil peluang untuk menikmati mi goreng sekali gus membantu mencipta rekod berkenaan.

Usahawan, Nur Azira, 33, berkata mi goreng sotong itu memang telah lama menjadi perhatian orang ramai.

"Mi dia memang ‘meletup’, pedas memang cukup, rasa memang sedap, jadi kami mai sini memang nak sokong (cipta rekod) Book of Record ini la," katanya.

Tahun lepas, YMSC telah mencipta rekod MBOR dengan melukis Mural Jalur Gemilang terpanjang di Malaysia iaitu sepanjang 541 meter di tembok Jalan Tanjong Bungah di sini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Zfix Catat Nama Dalam MBR, Tukar Lebih 1,000 Bateri  HP Dalam Masa 12 Jam

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Raih Kutipan Pecah Panggung Sebanyak RM9 Juta, Ponniyin Selvan 2 Turut Terima Pengiktirafan Malaysia Book Of Records

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Suria FM Cipta Rekod Bersiaran Dari Atas Kapal Persiaran Mewah Genting Dream 

4

Gaya 3 tahun yang lalu

Mrs Malaysia World 2022 Lakar Nama Dalam Malaysia Book of Records

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad