web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Punca Abhishek Bachchan Dengan Karisma Kapoor Putus Tunang Akhirnya Terbongkar Jua 

Sebelum mengahwini Aishwarya Rai, aktor Abhishek Bachchan pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Karisma Kapoor sekitar tahun 2000. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2022 7:00PM

Tidak ramai mengetahui bahawa Abhishek dan Karisma pernah bertunang. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebelum mengahwini Aishwarya Rai, aktor Abhishek Bachchan yang merupakan anak kepada pelakon lagenda Amitabh Bachchan, pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Karisma Kapoor sekitar tahun 2000. 

Bahkan, mereka juga pernah bertunang dan pada saat mereka hampir berkahwin mereka telah memutuskan pertunangan itu, tanpa memberikan sebarang sebab dan hingga saat ini ramai yang masih tertanya-tanya mengapa pertunangan mereka putus di tengah jalan. 

Namun, pengarah Suneel Darshan baru-baru ini telah mendedahkan sebab dan punca mengapa Abhishek dan Karisma tidak seharusnya menyatu. 

Suneel telah menerbitkan filem Haan Maine Bhi Pyaar Kiya pada tahun 2002. Filem arahan Dharmesh Darshan itu telah menggandingkan Abhishek dan Karisma sebagai teraju utama dan ia turut menampilkan Akshay Kumar. 

Kata Suneel, sebagai produser filem itu, dia dapat melihat permasalahan yang berlaku di set penggambaran. 

Dan, menerusi filem itu dia akhirnya sudah dapat menjangka bahawa Abhishek dan Karisma memang tidak sepadan kerana sering sahaja bertelingkah di set lokasi. 

“Khabar yang mengatakan mereka bercinta bukanlah gosip semata-mata. Ia memang benar. Mereka juga sudah punya rencana untuk berkahwin dan saya sendiri telah menghadiri majlis pertunangan mereka.

“Tapi, hendak buat macam mana. Sudah begitu takdirnya. Mereka bukan pasangan yang sesuai,” katanya. 

Suneel juga menyifatkan Haan Maine Bhi Pyaar Kiya adalah sebuah filem yang istimewa kerana ia buat pertama kali menggandingkan mereka sebagai pasangan Bollywood yang bercinta di layar perak. 

“Dan, filem itu juga menjadi filem terakhir yang mereka lakonkan bersama,” katanya.

Walaupun Abhishek mahu pun Karisma tidak pernah membuka mulut tentang kisah putus tunang mereka, namun hubungan di antara Karisma dengan Aishwarya Rai sangat akrab. 

Mereka juga sering dilihat muncul dalam beberapa acara bersama. Membuktikan sejarah hubungan Karisma dan Abhishek tidak memberikan apa-apa kesan kepada kedua-dua wanita ini. - Getaran, 24 November 2022 

Isu Pada

Perjalanan Dua Dekad Marcell Siahaan

26 Nov 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 bulan yang lalu

Syed Saddiq, Bella Tunang Hari Ini, Mohon Doa Orang Ramai 

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Chris Martin, Dakota Johnson Bertunang

3

TARA 2 tahun yang lalu

Oh My God 2 Bawa Akshay Kumar Pecahkan Rekod, Stigma Masyarakat

4

TARA 3 tahun yang lalu

Aishwarya Rai: Aura Nandini Dan ‘Women Empowerment’

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa