web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hab Pendidikan Khas Ahmad Idham Kini Punya 7 Rakan Strategik

Menurut Ahmad Idham, pembentukan sistem sokongan komuniti adalah satu keperluan terutamanya bagi golongan komuniti istimewa agar mereka tidak terus didiskriminasikan.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2022 5:44PM

Gambar ihsan Hab Pendidikan Khas Ampang

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengarah filem dan pelakon, Dr. Ahmad Idham Nadzri nampaknya benar-benar berusaha keras untuk melebarkan sayap sekolah pendidikan khas yang telah diasaskannya sejak bertahun-tahun lalu.

Dalam perkembangan terbaharu, Hab Pendidikan Khas yang berpusat di Ampang itu telah memeterai memorandum persefahaman bersama tujuh lagi rakan strategik. 

Tujuh rakan strategik itu adalah GISB Holdings Sdn Bhd, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Cdert Ohhsem Network (APM), Haj Trading & Transportation Sdn Bhd, Kelab Sukan Udara Bintang, Kelab Elit Barracuda dan Bio Ideas Solutions. 

Selaku pengasas, Ahmad Idham berkata, fokus dan perjuangan Hab Pendidikan Khas Ampang selama ini adalah untuk membentuk satu komuniti yang jitu, peka dan prihatin terhadap komuniti istimewa khususnya di Ampang.

“Syukur, alhamdulillah kerana apa yang kami usahakan ini telah mendapat sokongan penuh daripada rakan-rakan strategik yang sentiasa cakna dan prihatin kepada masyarakat dengan memberikan bantuan dalam bentuk barang keperluan. 

“Melalui kerjasama ini, ia diharapkan dapat merancakkan lagi program-program yang telah dan akan dilaksanakan secara berkala dari masa ke masa bagi merealisasikan hasrat untuk terus memperjuangkan komuniti istimewa agar mereka diberikan hak sama rata dengan masyarakat lain. 

“Rakan-rakan strategik ini juga turut menyalurkan segala kepakaran dan kelebihan yang mereka yang berkait rapat dengan aspek pendidikan, pra saringan, kelas tambahan intensif mingguan serta program bersama ibu bapa anak istimewa,” katanya. 

Menurut Idham lagi, kerjasama ini memberi gambaran bahawa perjuangan ini bukan perjuangan individu tetapi ianya perjuangan semua pihak bersama. 

“Pembentukan sistem sokongan komuniti sememangnya satu keperluan terutamanya bagi golongan komuniti istimewa agar mereka tidak terus didiskriminasi dalam kalangan masyarakat. 

‘Semoga perjuangan ini dapat terus memberi manfaat kepada golongan istimewa khususnya yang telah saya mulakan di Ampang dan moga sedikit usaha ini mampu meraih pandangan dan keberkatan daripada Allah SWT,” katanya menutup bicara. - Getaran, 24 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 3 tahun yang lalu

Aliran Pendidikan Khas Tidak Diabai, Semua Institusi Dipastikan Ada Akses - Fadhlina

2

Politik 3 tahun yang lalu

PEJUANG Hadir Untuk Selesai Masalah, Bukan Rebut Jawatan PM - Dr Nurul Ashikin

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Jiwa Kami Jiwa NGO, Kami Kenal Pasti Masalah Dan Selesaikan, Bukan Buat Show! – Idham

4

Refleksi 3 tahun yang lalu

Pelajar Istimewa Taarana Pamerkan Bakat Terpendam

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN