Berita Terkini

3 minit yang lalu: Mangsa banjir di PPS gotong-rotong masak juadah berbuka puasa 4 minit yang lalu: Anwar pelawa komuniti perniagaan Arab Saudi melabur di Malaysia 4 minit yang lalu: Terbuka Switzerland: Zii Jia terus cemerlang mara ke suku akhir 5 minit yang lalu: Mangsa banjir di Batu Pahat 419 orang pagi ini 5 minit yang lalu: Gol Muhammad Akhyar bantu Harimau Malaya atasi Turkmenistan 1-0

IKUTI KAMI


Jiwa Kami Jiwa NGO, Kami Kenal Pasti Masalah Dan Selesaikan, Bukan Buat Show! – Idham

Ahmad Idham sempat meluangkan masa untuk beri sokongan kepada sahabat baiknya, Eizlan Yusof i kawasan parlimen Sabak Bernam.

Selebriti Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2022 12:00PM

Eizlan Yusof dan Ahmad Idham - Syamsah Photography

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jarak perjalanan 4 jam dari Port Dickson ke Sabak Bernam tidak menghalang calon Parlimen Port Dickson, Dr. Ahmad Idham Nadzri meluangkan masa bersama sahabat baiknya, Datuk Seri Eizlan Yusof yang bertanding di P.092 Parlimen Sabak Bernam.

Apatah lagi melihat usaha Eizlan Yusof mengenalpasti beberapa isu berbangkit di kawasan itu sejak beberapa hari lalu, produser dan pengarah filem Mat Motor itu terpanggil untuk memberi sokongan.

“Saya mengikuti perkembangan beliau di sini, melihat dari sudut tempat-tempat yang beliau pergi, isu-isu beliau dengari dan santuni, sehingga ada yang tular di media sosial.

“Kami ini NGO (Badan Bukan Kerajaan) dan bergerak di dalam Gerakan Tanah Air (GTA) menggunakan logo Pejuang di bawah komponen NGO, Gagasan Bangsa. 

“Jiwa kami, jiwa NGO. Kami kenal pasti masalah, selesaikan masalah, bukan buat ‘show’!” kata Ahmad Idham.

Ramai maklum, Ahmad Idham mempunyai produk berupa Hab Pendidikan Khas yang juga satu pergerakan NGO di bawahnya.

Salah satu perkara yang beliau maklumkan kepada Eizlan, sekiranya Parlimen Sabak Bernam dimenangi Eizlan, beliau tidak teragak-agak untuk membuka Hab Pendidikan Khas di situ. 

“Itu janji saya pada beliau sebab kami membesar bersama-sama dan beliau faham anak-anak istimewa.

“Oleh itu, jika masyarakat di sini mahu sebuah Hab Pendidikan Khas untuk anak-anak istimewa, saya rasa mereka tahu siapa yang patut mereka undi,” kata beliau.

Selain itu, beliau turut terpanggil ke sini selepas perkongsian Eizlan yang tular di media sosial mengenai isu capaian internet yang menjadi salah satu isu besar di Sabak Bernam.

“Saya terkejut juga pada 2022, capaian internet masih bermasalah di Sabak Bernam.

“Seperti sedia maklum, saya pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia, jadi salah satu agensi yang pernah bersama saya adalah SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia), jadi saya tahu kerja mereka,” katanya hairan.

Pada pertemuan hampir 3 jam itu, Ahmad Idham dan Eizlan Yusof sempat bertukar pandangan mengenai perancangan, misi dan visi masing-masing untuk parlimen bakal diwakili mereka sekiranya di beri mandat pada PRU15 pada 19 November ini. – Getaran, 15 November 2022

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 minggu yang lalu

Aliran Pendidikan Khas Tidak Diabai, Semua Institusi Dipastikan Ada Akses - Fadhlina

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Persembahan TATU Tentera Darat Pukau Ribuan Penonton

3

Politik 1 minggu yang lalu

Radzi Jidin Kekal Ahli Parlimen Putrajaya

4

Selebriti 2 minggu yang lalu

Nurul Syuhada Dedah Apa yang Hafidz Roshdi Lakukan Dengan 'Si Penyondol'

Sorotan

1

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

2

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

3

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Pengkarya Harus Jaga Sensitiviti Dalam Karya Seni, Jangan Terlalu Ghairah Menyuntik Elemen Komersil – Fahmi Fadzil 

oleh Rubini Nagarajah

Selebriti 12 jam yang lalu

Video Cium Hanya Persaudaraan, Kami Memang Sangat Akrab – Naim Daniel

Namun begitu, video TikTok yang mencatat tontonan hampir dua juta tersebut telah mengundang reaksi yang pelbagai.

oleh Wafa Aula

Selebriti 1 hari yang lalu

Syamsul Yusof Nafi Pukul Isteri, Dedah Puteri Sarah Akui Sudah Ada Orang Lain

Syamsul mendedahkan perkara berkenaan dalam satu sidang media khas yang diadakan petang tadi.

oleh Helmi Anuar

Selebriti 18 jam yang lalu

Artis Juga Perlukan Pengawal Peribadi - Hafreez Adam Komen Isu Kamal Adli Diserang Di Singapura 

oleh Rubini Nagarajah