web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ahmad Idham Mahu Kembangkan Hab Pendidikan Khas

Ahmad Idham berpendapat industri pendidikan khas untuk anak istimewa di Malaysia masih kritikal kerana kita tidak punya silibus seragam untuk mendidik anak-anak istimewa yang berbeza kes dan penyakit.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2022 8:28PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penerbit, pengarah dan pelakon Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri mengakui dirinya masih belum bersedia untuk kembali secara serius dalam bidang penerbitan filem, selepas khidmatnya sebagai Setiausaha Kebudayaan di Kementerian Luar Negeri ditamatkan tanpa alasan pada bulan lalu. 

Ketika dihubungi menerusi telefon bimbitnya, Ahmad Idham berkata, tumpuannya kini lebih kepada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) serta membangunkan industri pendidikan khas untuk anak istimewa.

“Industri pendidikan khas untuk anak istimewa di Malaysia masih kritikal kerana kita tidak punya silibus yang seragam untuk mendidik setiap anak-anak istimewa yang berbeza kes dan penyakit. 

“Bahkan, guru dan ahli terapi juga saling tidak berkomunikasi. Perkara ini terjadi kerana sekolah diuruskan oleh pihak yang berbeza dengan pusat terapi untuk anak-anak istimewa. 

“Apabila tiadanya komunikasi di antara kedua-dua pihak ini, bagaimana kita hendak tahu tentang  progres serta perkembangan anak-anak istimewa ini sebenar-benarnya sedangkan maklumat yang terperinci itu tidak diperolehi?” soalnya. 

Menyedari hakakikat inilah, Ahmad Idham berusaha untuk terus mengembangkan Sekolah Pendidikan Khas Eden Firdaus serta melakukan kerja-kerja CSR. 

“Sebagai permulaan, kita bekerjasama dahulu dengan Tadika Sinar Indah Berkat di Ampang yang telah saya usahakan bersama isteri saya sejak tahun 1998.  Ia akan menjadi tadika pertama yang menawarkan sistem pendidikan khas. 

“Sistem pendidikan khas yang diterapkan ini  akan dilengkapi dengan modul pembelajaran dan terapi yang terbaik serta guru-guru bertauliah yang mampu mengajar anak-anak istimewa ini. 

“Bahkan kita juga akan membantu dari sudut khidmat saringan percuma dan program-program sokongan yang melibatkan komuniti ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa. 

“Kesempatan untuk menghantar anak saya mendapatkan rawatan di Singapura membuka mata saya betapa sistematiknya sistem Pendidikan Khas mereka. Tidak seperti di Malaysia. Jadi, ia membuatkan saya terpanggil untuk membangunkan industri pendidikan khas ini,” katanya. 

Menurut Idham, dia amat serius untuk menjadikan Ampang sebagai Hab Pendidikan Khas. 

“Selepas Ampang, kita akan mengembangkannya pula di Kota Kinabalu, Sabah dan selepas itu kita akan lihat bagaimana. 

“Namun, saya amat mengalu-alukan jika ada mana-mana pihak yang mahu bekerjasama dengan kita untuk mengembangkan sistem pendidikan khas ini,” katanya. 

Sekolah Pendidikan Khas Eden Firdaus yang berpusat di Kota Damansara ditubuhkan sejak enam tahun lalu bersempena anak sulungnya, Ahmad Firdaus Ahmad Nadzri, 21. 

Firdaus adalah anak istimewa yang pernah mengalami penyakit virus di otak, menyebabkan dia mengalami kesukaran untuk berjalan, bercakap dan belajar. - Getaran, 15 April 2022

Gambar: Instagram Ahmad Idham 

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN