Berita Terkini

1 jam yang lalu: Tidak sampai satu peratus amal pertanian organik di Malaysia - Mohamad Sabu 1 jam yang lalu: KKM bincang dengan JPA serap petugas kontrak ke jawatan tetap tanpa pencen - Dr Zaliha 2 jam yang lalu: Mahkamah Persekutuan akan putuskan permohonan semakan kes SRC Najib Esok 2 jam yang lalu: Malaysia-Singapura bincang hubungan, kerjasama dua hala di Hainan - Anwar 2 jam yang lalu: Tekanan, persekitaran tempat kerja antara faktor polis bunuh diri - Dewan Rakyat

IKUTI KAMI


Aliran Pendidikan Khas Tidak Diabai, Semua Institusi Dipastikan Ada Akses - Fadhlina

Pendidikan Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2023 12:35PM

Kementerian Pendidikan (KPM) komited untuk memastikan semua institusi pendidikan menyediakan akses kepada murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) - Gambar Hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aliran pendidikan khas untuk pelajar memerlukan tidak pernah dipinggir dari sektor pendidikan negara, sebaliknya sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) komited untuk memastikan semua institusi pendidikan menyediakan akses kepada murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK). 

Menurut beliau, program komprehensif bagi memenuhi keperluan MBPK disediakan menerusi tiga pilihan persekolahan iaitu sekolah pendidikan khas (SPK), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) atau Program Pendidikan Inklusif (PPI).

“SPK merupakan sekolah khusus yang menyediakan pendidikan khas bagi MBPK pada semua peringkat persekolahan manakala PPKI adalah program pendidikan bagi MBPK dan hanya dihadiri oleh MBPK di kelas khas di sekolah milik kementerian.

“PPI pula adalah program bagi MBPK yang dihadiri oleh MBPK bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah KPM,” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian sebagai menjawab soalan lisan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH - Bandar Tun Razak).

Fadhlina Sidek - Gambar Fail
Fadhlina Sidek - Gambar Fail

Fadhlina berkata, kementerian turut menyediakan peluang pembelajaran dalam aliran kemahiran bagi MBPK melalui beberapa pilihan persekolahan, terdiri daripada Sekolah Menengah Pendidikan Khas  Vokasional (SMPKV), Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (SMKPK), Kolej Vokasional (KV) dan PPKI. 

Jelasnya, MBPK yang mengikuti pembelajaran di SMPKV menggunakan kurikulum Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan atau National Occupational Skills Standard (NOSS) yang dikeluarkan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

“Program ini telah melalui pengubahsuaian yang dilakukan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

“MBPK juga boleh mengikuti Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) di SMKPK,” katanya.

Mengulas lanjut Fadhlina berkata, PVMA ialah kursus aliran kemahiran yang membolehkan MBPK memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).

“Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, MBPK diberikan tiga kategori keistimewaan pelanjutan tempoh persekolahan iaitu tidak lebih daripada dua tahun di sekolah rendah, tidak lebih daripada dua tahun di sekolah menengah atau setahun di sekolah rendah dan setahun di sekolah menengah.

“Semua MBPK layak menduduki peperiksaan awam yang dikendalikan oleh KPM seperti Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM),” katanya.

Sidang Dewan juga diberitahu, kementerian tidak ketinggalan menyediakan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah supaya MBPK yang tamat persekolahan mempunyai bukti pencapaian mereka melalui Sijil Alternatif Sekolah Menengah.

“Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kementerian juga menyediakan Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) yang berperanan sebagai pusat yang menyediakan perkhidmatan sokongan merangkumi saringan, penilaian, intervensi, dan konsultasi kepada MBPK dan kanak-kanak dengan ciri-ciri berkeperluan khas berumur empat tahun dan ke atas. 

“Pusat ini turut menyediakan khidmat nasihat dalam aspek peralatan sokongan yang bersesuaian mengikut keperluan MBPK berkaitan,” katanya.

Fadhlina memberitahu, 3PK turut memberi perkhidmatan sokongan kepada ibu bapa, penjaga, guru dan warga sekolah berkaitan pendidikan khas. 

“Perkhidmatan sokongan yang disediakan di 3PK diberikan oleh pegawai mengikut bidang pengkhususan seperti audiologi, terapi pertuturan bahasa, terapi cara kerja, fisioterapi, psikologi klinikal, psikologi pendidikan dan intervensi pembelajaran,” katanya. - Getaran, 15 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 3 hari yang lalu

KPM Tidak Arah Henti Projek SJKT Sungai Bakap

2

Pendidikan 1 minggu yang lalu

Takwim Sekolah: ‘Kita Sedang Menuju Ke Januari, Beri KPM Sedikit Masa’ - Fadhlina

3

Pendidikan 1 minggu yang lalu

Tindakan Undang-Undang Bukan Penyelesaian Tunggal Isu Keciciran Pelajar

4

Pendidikan 1 minggu yang lalu

Tiada Kelas Akademik Minggu Pertama Persekolahan Ambil Kira Impak - Fadhlina

Sorotan

1

4 Beradik Maut Kebakaran Sembunyi Dalam Tandas Cuba Selamatkan Diri

2

Perkhidmatan Kesihatan Servis Kritikal, Babitkan Nyawa, Jangan Rosakkan Dengan Mogok 

3

Cakna Jenis Ikan Buntal Elak Kematian, Pastikan Penjual Berpengetahuan Sebelum Beli

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pelajar Tahfiz Kongsi Pengalaman Jadi Imam Di Kampung Orang Asli

Semasa 1 jam yang lalu

Isteri Musa Hassan Fail Cerai Kerana Shiqaq

oleh Wartawan Getaran

Semasa 19 jam yang lalu

Cakna Jenis Ikan Buntal Elak Kematian, Pastikan Penjual Berpengetahuan Sebelum Beli

oleh Farhana Farush

Semasa 5 jam yang lalu

4 Beradik Maut Kebakaran Sembunyi Dalam Tandas Cuba Selamatkan Diri