web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelajar Istimewa Taarana Pamerkan Bakat Terpendam

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2022 1:23PM

Acara kali ini dipenuhi dengan pelbagai persembahan pelajar, masing-masing mempamerkan bakat terpendam mereka kepada penonton. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas berehat selama tiga tahun akibat pandemik COVID-19, Sekolah Berkeperluan Khas Taarana begitu teruja untuk menganjurkan acara tahunanya semalam (1 Nov), membabitkan 24 pelajarnya yang telah berlatih sejak Julai lepas bagi mempamerkan bakat mereka di atas pentas.

Profesor Madya Dr Annapurny Venkiteswaran, seorang ibu yang mempunyai anak bersekolah di situ berkata beliau gembira dengan persembahan itu dan berterima kasih atas usaha pihak sekolah dalam berusaha membantu dalam perkembangan anaknya.

“Hari ini adalah hari yang bahagia buat kami semua, dan kami berterima kasih kepada Yayasan RYTHM, guru-guru yang hebat dan pengetua Taarana.

"Ramai di antara ibu bapa bertindak memindahkan anak dari satu sekolah ke sekolah lain bagi mencari sekolah yang sesuai untuk anak-anak kami. Di Taarana, kami berkomunikasi erat dengan guru-guru yang berdedikasi di sekolah, sesuatu yang begitu bermakna," katanya.

Acara kali ini dipenuhi dengan pelbagai persembahan oleh pelajar, masing-masing mempamerkan bakat terpendam mereka kepada penonton.

Joel Joshua Augustian, seorang pelajar sekolah itu yang telah berkembang dengan pantas dalam aspek pertuturan, kognitif, matematik dan kemahiran komunikasinya, berjaya memukau penonton melalui lagu nyanyiannya  'You Raise Me Up' Josh Groban yang begitu menyentuh hati.

Kakaknya, Ann Madeline, berkata Joshua berjaya meningkatkan kemahiran komunikasinya sejak bersekolah di Taarana pada 2020.

“Sejak menyertai Taarana, dia (Joshua) kini ada membuat pertemuan mata dan memberi gerak isyarat semasa berkomunikasi. Saya amat bersyukur kerana mempunyai guru yang telah membentuk adik saya menjadi versi terbaik dirinya.

"Guru sekolah Taarana meninggalkan kenangan yang luar biasa di sini dalam minda muda," katanya.

Taarana, yang bermaksud 'kebangkitan' dalam bahasa Sanskrit,  ditubuhkan pada 2011 oleh Yayasan RYTHM, inisiatif impak sosial Kumpulan QI bagi memenuhi keperluan mendesak untuk sumber dan sokongan bagi kanak-kanak berkeperluan khas dan keluarga mereka.

"Sekolah keperluan pendidikan khas berusaha untuk merungkai keupayaan setiap kanak-kanak melalui kurikulum yang bentuk secara peribadi untuk memperkasakan mereka menjadi ahli masyarakat yang berdikari dan dapat memberkan sumbangan," kata RYTHM dalam satu kenyataan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

‘Anak Saya Ditikam Lebih 200 Kali’ - Ibu Mangsa

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Lagi Kes Buli: Pelajar Tingkatan 3 Cedera Dibuli 6 Rakan Sekolah

3

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Pengendali Makanan Dikenal Pasti Punca Penularan Tifoid Di Kota Bharu

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Gaya 2 jam yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

oleh Rahayu MN