web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PEJUANG Hadir Untuk Selesai Masalah, Bukan Rebut Jawatan PM - Dr Nurul Ashikin

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2022 9:32AM

Dr. Nurul Ashikin ketika berkunjung ke Gurdwara Sahib Lembah Jaya baru-baru ini - Gambar Facebook Dr. Nurul Ashikin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AMPANG - Kehadiran PEJUANG dalam persada politik tanah air adalah untuk menyelesaikan masalah rakyat, bukan saling berebut jawatan nombor satu negara iaitu Perdana Menteri.

Ketua Pejuanita Muda PEJUANG, Dr Nurul Ashikin Mabahwi berkata, kehadirannya untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bukan didorong oleh kuasa dan kedudukan.

“Bezanya saya, kami tidak bertanding untuk kuasa atau memperkukuh kedudukan. Sebab apa PEJUANG tidak menamakan calon Perdana Menteri? Sebab niat kami bertanding (ialah) untuk menyelesaikan masalah setempat, bukan merebut kerusi.

“Tugas wakil rakyat bukan untuk rebut kerusi yang dirasakan milik mereka,” katanya pada ceramah di Bandar Baru Ampang, di sini malam tadi.

Menurut beliau, permasalahan utama didepani penduduk Ampang iaitu banjir dan gangguan bekalan air tidak dibawa ke Parlimen, walaupun setelah bertahun ia berlaku.

“Kita dah buat semakan di Ampang. Antara isu yang perlu diambil perhatian ialah terlebih air iaitu banjir dan kekurangan air yang menyebabkan bekalan terputus. 

“Kenapa perkara ini tak dibawa ke Parlimen setelah bertahun tahun,” soalnya.

Beliau turut menyentuh masalah fasiliti dan kemudahan untuk anak-anak istimewa ke sekolah.

“Masalah di Ukay Perdana ialah tak cukup sekolah untuk anak-anak istimewa. Ibu bapa terpaksa hantar anak-anak istimewa mereka jauh dari rumah. Perkara ini juga tak pernah dibawa ke Parlimen sedangkan itu masalah rakyat.

“Ampang ni kekurangan sekolah pendidikan khas. Sebelum saya berniat untuk bertanding di Ampang lagi kita dah bergerak jumpa keluarga yang ada anak istimewa terutamanya ibu tunggal”, katanya.

Nurul Ashikin turut menyakinkan rakyat Ampang bahawa parti kecilnya itu tetap akan mendapat peruntukan yang sama jika menang PRu-15.

“Walaupun kami parti kecil tetapi jangan risau kerana setiap peruntukan untuk semua Ahli Parlimen adalah sama. 

“Jangan takut memilih parti yang kecil dan baharu hanya kerana sudah terbiasa memilih calon yang sama untuk 15 tahun,” jelasnya.

Beliau juga berjanji akan terus berkhidmat sehari selepas terpilih sebagai wakil rakyat.

“Saya berjanji akan berkhidmat selepas dinamakan sebagai wakil rakyat. Tiada cuti untuk Dr Ashikin,” katanya, memberi jaminan.

Calon PEJUANG bagi kerusi Parlimen Ampang itu bakal berdepan saingan sembilan penjuru dan antara yang disebut-sebut akan memberikan tentangan sengit ialah Datuk Zuraida Kamaruddin dari Parti Bangsa Malaysia dan Rodziah Ismail sebagai calon PKR dari Pakatan Harapan (PH). - Getaran 15 November 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Lewis Hamilton Melawat SMK Seri Keramat

2

Semasa 2 tahun yang lalu

2 Lelaki Maut Dihempap Pokok Tumbang Di Ampang

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kemaman: PEJUANG Tidak Letak Calon

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Perkhidmatan LRT Laluan Ampang-Sri Petaling Dijangka Beroperasi Semula Februari Depan

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Zainudin Lancar Parti Politik Baharu, AGM Pertama Minggu Depan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

‘Wong Chen, Cukuplah Bersandiwara, Jangan Terus Berlagak Mangsa’ - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad