web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Self Healing’ Pada Bulan Ramadan, Bikin Ibadah Makin Khusyuk

Mensyukuri nikmat bukan sekadar dengan ucapan alhamdulillah tetapi lebih kepada menzahirkan tanda syukur dengan melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2024 8:58PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Self Healing selalunya akan dikaitkan dengan aktiviti mendekatkan diri bersama alam. Tidak kira percutian di pantai mahupun aktiviti masuk hutan. Untuk aktiviti masuk hutan, selain hiking, aktiviti berkhemah kian trending di media sosial. 

BACKTONATURE.ASIA sempat berkongsi cerita, rahsia dan nikmat mendekatkan diri dengan alam sempena menyambut bulan penuh keberkatan Ramadan Al Mubarak. 

Menurut pencinta alam Sir Li yang juga Chairman BACKTONATURE.ASIA, “berbalik kepada alam itu, mempunyai ‘rasa’ yang tak dapat dijelaskan dengan kata-kata. Lain orang, lain nikmat yang dirasainya”. 

Sir Li
Sir Li

Sir Li turut mengakui bahawa selain jana ion positif, menghirup udara hutan yang segar, mandi sungai dan menikmati suasana malam beratapkan bulan dan bintang, kedengaran bunyi cengkerik, sungai mengalir dan merasai angin malam serta dedaun berterbangan seakan alunan musik di corong telinga. Beliau yang sudah jelak dengan bunyi bising gajet dan suasana kota batu sentiasa mengambil peluang melarikan diri berkhemah pada bulan ramadan membuatkan jiwa semakin tenang dan dekat dengan sang Pencipta. 

Bagi golongan muda belia, adakah anda juga gemar larikan diri dari kesibukan kota untuk mencari sebuah kedamaian? 

Ketika bersembang dengan figura muda yang baru berjinak-jinak mengusahakan Tent & Pegs Campsite bersama sahabat - sahabat baik yang berumur sekitar 30’an,  dia bersetuju bahawa Self-Healing pada bulan Ramadan bikin ibadah makin khusyuk, tiada gangguan emosi dan nafsu berbelanja serta tiada gangguan dari dunia luar. 

“Sesekali fokus beribadah, tanpa line telefon dan mobile data pun baik juga. Kesibukan seharian mencukupkan keperluan hidup di Kota Batu terkadang perlukan pause-time - menikmati suasana di pinggir hutan yang redup dan nyaman, sihat dari segi mental dan fizikal," ulas Aji. 

Aji bersama-sama tiga rakan kongsi iaitu Mahan, Ecah dan Elly menyeru semua warga kota jauh dan dekat datang ke Tent & Pegs Campsite merasai nikmat kebahagiaan Self-Healing pada bulan ramadan. Persiapan  basis menyediakan juadah berbuka puasa tanpa penuh sesak bazar Ramadan membuatkan kita lebih menghargai dan mensyukuri rezeki yang kita ada. 

Selain menikmati momen-momen berhayunan hammock di tepi sungai yang redup, bawah pepohon dengan angin sepoi dan mengerjakan solat terawih bersama penduduk kampung Sahom, Perak sememangnya pengalaman berbeza dan pastinya memberikan ketenangan buat kita yang mahu menggunakan peluang bermunajat pada Ramadan kali ini. 

Mensyukuri nikmat bukan sekadar dengan ucapan alhamdulillah tetapi lebih kepada menzahirkan tanda syukur dengan melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT. Semoga Ramadan tahun ini memberi makna yang berbeza kepada kita berbanding tahun-tahun sebelumnya. 

Untuk mendapat maklumat lanjut berkenaan promosi Tent & Pegs Campsite, sila ke media sosial TikTok, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.backtonature.asia. - Getaran, 28 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Refleksi 3 minggu yang lalu

Salah Kendali, Simpan Daging Korban Undang Risiko Kesihatan

2

Refleksi 3 minggu yang lalu

Melontar Jamrah Didik Jemaah Tundukkan Ego, Utamakan Kepentingan Orang Lain

3

Refleksi 3 minggu yang lalu

Hari Arafah Ruang Umat Islam Perbanyak Doa, Zikir Dan Muhasabah Diri

4

Refleksi 3 minggu yang lalu

Obesiti & Kerintangan Insulin: "Bom Jangka" Masalah Kesihatan

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia