web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Boleh Gunakan 'Pay Later', Asalkan Anda Sedar Diri

Walaupun kemudahan ‘pay later’ ini bukan kad kredit, tetapi anda harus sedar ia punya persamaan iaitu anda berhutang dengan pihak pemberi kredit

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2023 9:41AM

Bila sudah terjerat dengan hutang, mulalah otak berfikir bagaimana untuk mendapatkan wang dengan cepat - gambar hiasan

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Beli-belah secara dalam talian memang menyeronokkan kerana ada banyak kemudahan pembayaran dan promosi yang boleh direbut. Antara cara pembayaran yang membuatkan kita makin galak berbelanja ialah pay later. 

Kaedah pembayaran ini memberi kemudahan untuk kaki shopping membuat pembayaran tanpa dikenakan sebarang faedah. Tidak perlu disebutkan platform beli-belah yang menyediakan kemudahan pembayaran ini kerana ramai yang sudah maklum.

Tidak dinafikan kehadiran pay later membantu ramai orang berbelanja kerana ia praktikal terutama jika barangan atau produk yang ingin dibeli sangat diperlukan, tetapi wang pula tidak mencukupi. 

Tambah menarik, pay later juga akan mendapatkan tawaran promo menarik seperti bonus kesetiaan atau potongan harga. Bagaimanapun, kemudahan ini boleh mengundang padah jika ia tidak mampu dibayar. 

Hutang yang bertambah akan menyebabkan pengurusan kewangan menjadi kucar kacir - gambar hiasan
Hutang yang bertambah akan menyebabkan pengurusan kewangan menjadi kucar kacir - gambar hiasan

Apabila wang di dalam akaun bank tidak mencukupi apabila tiba tarikh pembayaran, caj penalti akan dikenakan. Inilah punca hutang bertambah dan pengurusan kewangan anda menjadi kucar-kacir. 

Sudah elok-elok bebas daripada masalah kewangan, tiba-tiba terjerumus dengan masalah yang sengaja dicipta. Jadi, cuba belek semula bil pay later anda pada setiap bulan. Semak adakah transaksi yang anda lakukan itu benar-benar perlu atau ia hanya sekadar nafsu

Jom semak do’s and don’ts untuk turut serta serta dalam permainan pay later ini. 

1. Baca terma dan syarat yang lengkap

Membaca itu jambatan ilmu, jadi jangan malas! Demi kesihatan kewangan anda, adalah lebih baik memahami terma dan syarat yang ditetapkan oleh penyediaan perkhidmatan kredit ini terlebih dahulu sebelum jari pantas menekan butang proceed to payment. Dengan membaca dan memahami peraturan yang ditetapkan, maka anda dapat meminimumkan risiko yang tidak dijangka.

2. Cermin diri sendiri

Tengok Si A berbaju baru, anda pun mahu dapatkannya. Tengok adik ipar membeli beg berjenama anda pun mahukannya. Ini penyakit yang perlu dijauhi. Sebabnya, selagi anda berlumba-lumba dengan orang lain, selagi itulah anda tidak akan berasa puas. 

Walaupun kemudahan pay later ini bukan kad kredit, tetapi anda harus sedar ia punya persamaan iaitu anda berhutang dengan pihak pemberi kredit. Jadi, berbelanjalah secara bijak. Cermin diri sendiri. 

Ukur baju di badan sendiri dan lihat dahulu komitmen setiap bulan sebelum berbelanja sakan - gambar hiasan
Ukur baju di badan sendiri dan lihat dahulu komitmen setiap bulan sebelum berbelanja sakan - gambar hiasan

Adakah pendapatan anda sama dengan orang yang anda intai tadi? Atau adakah komitmen bulanan anda sama seperti dia? Sedar diri dengan kemampuan diri sendiri. Jangan terlalu enjoy sehingga memakan diri sendiri!

3. Belanja mengikut keperluan

Satu tip agar anda tidak lapar mata setiap kali melayari platform membeli-belah ialah dengan membuat belanjawan bulanan. Tulis satu demi satu perbelanjaan atau hutang yang perlu dilunaskan, dan lihat berapa baki wang yang ada untuk dibelanjakan pada perkara-perkara lain. 

Mungkin kedengaran leceh, tetapi percayalah ia sangat berguna untuk menghalang anda daripada membeli barang yang mungkin tidak diperlukan. Sekali lagi, kata kunci di sini ialah, jangan malas. Buat kira-kira demi bebas hutang. 

4. Bayar pada tarikh yang ditetapkan

Bagi yang telah menggunakan ‘pay later’ sebaiknya jangan menunda untuk membayar hutang pada tarikh yang telah ditetapkan. Seperti yang telah dijelaskan awal-awal tadi, ada caj penalti yang perlu ditanggung jika terlewat bayar. Semakin lama anda bertangguh, semakin tinggi jumlah penalti yang perlu dibayar. 

5. Usah terpesona dengan semua promosi

Jangan lekas terpedaya dengan iklan jualan murah atau promosi ditawarkan - gambar hiasan
Jangan lekas terpedaya dengan iklan jualan murah atau promosi ditawarkan - gambar hiasan

Salah satu kelebihan menggunakan pay later adalah anda berpeluang menikmati pelbagai tawaran menarik. Daripada cashback, potongan harga hinggalah hadiah percuma. Tawaran sebegini sudah tentu agak sukar untuk dipandang sebelah mata. Apa lagi, mulalah otak ligat berfikir tentang betapa banyaknya wang yang dapat dijimatkan berbanding pembayaran cara lain. 

Hello, ingat fakta ini! Ini adalah strategi pemasaran untuk mengumpan pengguna untuk terus berbelanja. Jangan mudah terpesona dengan tawaran tersebut. Kembali kepada maklumat di nombor 1 tadi.  Adakah anda sanggup dan mampu?

Berbelanja secara bijak. Semua keputusan di tangan anda!- Getaran, 4 September 2023

Berita Berkaitan

1

Refleksi 3 minggu yang lalu

Salah Kendali, Simpan Daging Korban Undang Risiko Kesihatan

2

Refleksi 3 minggu yang lalu

Melontar Jamrah Didik Jemaah Tundukkan Ego, Utamakan Kepentingan Orang Lain

3

Refleksi 3 minggu yang lalu

Hari Arafah Ruang Umat Islam Perbanyak Doa, Zikir Dan Muhasabah Diri

4

Refleksi 3 minggu yang lalu

Obesiti & Kerintangan Insulin: "Bom Jangka" Masalah Kesihatan

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia