web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Perkara Yang Lelaki Mahu Dalam Perhubungan

Dalam sesebuah perhubungan, lelaki perlu lebih berjaya berbanding wanita kerana jika tidak, pelbagai konotasi negatif perlu ditanggung lelaki tersebut

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2023 9:41AM

Lelaki tidak suka kepada wanita yang gemar merendah-rendahkan egonya - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lelaki sebenarnya sering difitnah dengan tohmahan yang merendahkan kredibiliti lelaki. Sikap buruk lelaki senang diperbesarkan dan yang baik-baik sering disimpan kemas, biarlah rahsia. 

Orang lelaki sering dikaitkan dengan fobia terhadap komitmen, lebih suka berfoya-foya, dan tidak serius dalam perhubungan berbanding wanita. Mungkin prasangka itu tercipta melalui pengalaman wanita juga. Namun, bukanlah sebahagian besar lelaki berperangai sedemikian. Inilah akibat nila setitik yang merosakkan susu sebelanga.

Mengambil tanggungjawab sebagai seorang lelaki tidak semudah yang disangka, ianya bukan dibekalkan secara semulajadi sejak azali. Masyarakat mempunyai harapan yang tinggi kepada lelaki seperti juga jangkaan tertentu yang diharapkan daripada perempuan. 

Dalam sesebuah perhubungan, lelaki perlu lebih berjaya berbanding wanita kerana jika tidak, pelbagai konotasi negatif perlu ditanggung lelaki tersebut. Tidak berhenti setakat perlu berjaya, perlu berduit, lelaki juga perlu romantik, perlu prihatin, perlu beriman, perlu sering memberikan perhatian kepada pasangannya setiap masa dan sebagainya. Senarai jangkaan terhadap lelaki itu panjang dan ada kalanya tidak masuk akal. 

Tetapi, jarang pula ditanya apakah harapan lelaki terhadap wanita. Selalu kita dengar, “isteri cantik pun perkahwinan berantakan, apa lagi yang suami dia mahu?” Masyarakat rata-ratanya menyangka bahawa kecantikan luaran sahaja akan menjanjikan perhubungan yang bahagia dan berkekalan. Realitinya, harapan lelaki itu tidaklah secetek yang disangka.

Artikel ini menyenaraikan 5 perkara yang lelaki mahu dalam perhubungan buat pedoman wanita di luar sana yang sedang mencari pasangan. 

1. Lelaki tidak mahu perhubungan sarat drama

Elak memanipulasi pasangan hanya kerana wanita merasakan dia perlu mempercepatkan perhubungan ke jinjang perkahwinan. Andai lelaki sudah cinta, dia juga mempunyai harapan yang serupa dengan wanita. 

Kemungkinan reaksi mereka sedikit berbeza tetapi ini tidak bermaksud mereka tidak merancang untuk memeterai perhubungan. Berjanji dengan mulut sahaja tidak mencukupi jika tidak bersedia dari segi kewangan. 

Jangan mengugut dan berdrama seolah-olah yang inginkan semua itu hanyalah wanita, dan kesalahan semuanya dibeban ke bahu lelaki. Cara yang lebih baik ialah berkomunikasi dan mengenalpasti di mana kamu berada di dalam perhubungan dan kenalpasti cara yang terbaik untuk selarikan tujuan dan matlamat masing-masing. 

2. Lelaki inginkan wanita yang tahu cara melayaninya

Di sini kita bukan bicara tentang hubungan seks. Tidak dinafikan tarikan seksual itu penting tetapi tidaklah setiap masa lelaki mahukan seks. Sikap wanita terhadap lelaki yang dicintainya sangat penting dalam mewujudkan perhubungan yang aman dan selesa. 

Sebagai contoh, lelaki tidak suka kepada wanita yang gemar merendah-rendahkan egonya. Apabila ini terjadi, lelaki memang tidak suka dan tawar hati. Lelaki sangat memerlukan pendapat, sokongan dan pujian dari wanita yang dia sayangi. 

Lelaki perlu tahu yang dia disanjungi dan dipandang tinggi oleh cinta hatinya. Luahkan kata-kata pujian sekali sekala, dengarkan luahan hatinya dan jangan membalas dengan perkataan yang menyakitkan. 

3. Lelaki mahukan komunikasi yang jujur

Wanita sering merasakan jika dia berterus-terang tentang apa yang dia mahu, aspirasinya, kemahuannya, lelaki tidak akan mahu mendengar, tidak suka dan akan menilai mereka secara negatif. 

Pemahaman ini tidak tepat sama sekali. Lelaki lebih senang dengan wanita yang tahu apa yang dia mahu dan memberitahu lelaki dengan cara yang baik tentang perkara itu. Lelaki tidak ada superpower untuk membaca minda wanita. 

Jadi, jalan yang lebih baik ialah berbincang dan berkomunikasi dengan lelaki tentang keperluanmu supaya lelaki dengan jelas dapat memberitahu sama ada dia boleh memenuhi, perlu menyokong, atau apakah rancangan yang perlu dibuat untuk mencapai apa yang wanita mahukan.  

4.Lelaki mahukan wanita yang pandai berdikari, cukup dan berkeyakinan

Lelaki rimas dengan wanita yang sering menunggu dia untuk semua perkara, dan wanita yang merasakan dirinya tidak cukup dalam semua hal! Wanita yang pandai berdikari lebih digemari berbanding dengan wanita yang tidak tahu hendak buat itu ini.

Ini tidaklah bermaksud lelaki mahu melepas tangan tetapi mempunyai pasangan yang kuat dan berdikari memudahkan banyak perkara lebih-lebih lagi apabila sudah berumahtangga dan mempunyai keluarga. 

Wanita yang kuat dan tidak terganggu dengan perkara-perkara remeh seperti merasakan dirinya tidak cantik, tidak cukup, tidak sempurna adalah lebih menarik di mata lelaki. Pendek kata, lelaki inginkan wanita yang stabil emosinya, dan berkeyakinan tinggi.

5. Lelaki mahukan wanita yang taat dan komited kepada perhubungan 

Kesetiaan itu satu kemestian. Lelaki mana yang mahukan wanita yang 'gatal' yang masih lagi mendambakan perhatian lelaki lain. Lelaki mahukan wanita yang mampu komited dengan sepenuh hati untuk hubungan itu, susah senang bersama. 

Ramai wanita merasakan bahawa lelaki hanya menginginkan seks dan sejurus lelaki menemui wanita yang lebih menarik, lelaki akan lari. Wanita beranggapan bahawa lelaki tiada kesetiaan dan tidak komited kepada perhubungan apabila berdepan cabaran.

Hakikatnya, lelaki juga tidak suka kepada kecurangan dan lelaki yang baik tahu bagaimana untuk membina hubungan yang indah, dan faktor utamanya ialah setia.

Wahai wanita, mudah-mudahan artikel ini dapat memberi pandangan berbeza tentang lelaki di mata anda. Persepsi lapuk perlu dicampak ke tepi kerana zaman telah berubah. Pemikiran lelaki, bahkan sesiapa pun, akan berubah seiring zaman. - Getaran, 12 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Refleksi 3 minggu yang lalu

Salah Kendali, Simpan Daging Korban Undang Risiko Kesihatan

2

Refleksi 3 minggu yang lalu

Melontar Jamrah Didik Jemaah Tundukkan Ego, Utamakan Kepentingan Orang Lain

3

Refleksi 3 minggu yang lalu

Hari Arafah Ruang Umat Islam Perbanyak Doa, Zikir Dan Muhasabah Diri

4

Refleksi 3 minggu yang lalu

Obesiti & Kerintangan Insulin: "Bom Jangka" Masalah Kesihatan

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia