Berita Terkini

3 jam yang lalu: Malaysia harap UAE bawa isu Palestin dan Myanmar ke Majlis Keselamatan PBB 3 jam yang lalu: Majoriti penduduk dewasa Singapura lihat perlumbaan F1 bawa impak positif ke atas republik itu- YouGov 3 jam yang lalu: Ambank bayar RM2.83 bilion kepada kerajaan Malaysia berhubung skandal 1MDB 3 jam yang lalu: Tunku Panglima Johor Juara PRO-AM GT3 Asia 3 jam yang lalu: Tiada rasuah libatkan peruntukan KBS kepada persatuan sukan - Ahmad Faizal

IKUTI KAMI


Golongan Melayu B40 Perlu ‘Fasih Mandarin’ Untuk Kerjaya!

Ingin mencurah bakti dan memberikan semula kepada komuniti, Shah Farid tawar biasiswa bahasa Mandarin anjuran Fasih Mandarin untuk golongan B40.

Refleksi Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2022 9:54AM

Tidak hanya di China, bahasa Mandarin semakin bertambah bilangan penuturnya di seluruh dunia - Gambar ihsan Fasih Mandarin

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas dua tahun yang mencabar akibat pandemik dan kemelesatan ekonomi yang memberi kesan negatif kepada kelangsunga hidup rakyat Malaysia, satu laporan daripada pihak kerajaan baru-baru ini, menunjukkan lebih ramai rakyat Malaysia yang tergolong dalam kategori B40, bertukar menjadi kategori B60.

Keadaan ini menjadi lebih parah akibat pasaran kerja yang semakin ketat kerana faktor pendigitalan dan globalisasi. Situasi ini membuatkan ramai majikan menambah penekanan kriteria untuk mencari pekerja yang fasih dalam berbilang bahasa bagi memenuhi pasaran global.

Secara khususnya, bahasa Mandarin telah menjadi antara bahasa utama perniagaan dunia yang sedang berkembang pesat. Tidak hanya di China, bahasa ini semakin bertambah bilangan penuturnya di seluruh dunia.

Biasiswa FM 2022 diwujudkan dengan tujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Mandarin dalam kalangan golongan B40 dengan harapan dapat membantu  membuka lebih banyak peluang pekerjaan buat mereka.
Biasiswa FM 2022 diwujudkan dengan tujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Mandarin dalam kalangan golongan B40 dengan harapan dapat membantu membuka lebih banyak peluang pekerjaan buat mereka.

Menyedari hakikat ini dan bagaimana ia boleh memberi kesan terhadap kerjaya dan kehidupan golongan B40, khususnya orang Melayu, Fasih Mandarin selaku institut bahasa Mandarin untuk golongan bukan penutur Mandarin telah menawarkan Biasiswa FM 2022. 

Pengasas dan Pengarah Urusan Fasih Mandarin, Ros Mohammad Shah Farid berkata, biasiswa ini diwujudkan dengan tujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Mandarin dalam kalangan golongan B40 dengan harapan dapat membantu  membuka lebih banyak peluang pekerjaan buat mereka. 

Ros Mohammad Shah Farid
Ros Mohammad Shah Farid

“Perkara-perkara seperti inilah yang membuatkan saya terdorong untuk terus kekal berada di landasan ini sehingga tertubuhnya Fasih Mandarin.

“Secara peribadi, saya pernah menerima biasiswa daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) semasa pengajian tinggi. Saya telah menimba pengalaman hidup yang sangat berharga daripada biasiswa yang saya terima.

“Oleh itu, sudah sampai masanya untuk saya pula menyumbangkan biasiswa pelajaran kepada golongan yang memerlukan kerana saya benar-benar percaya bahawa peluang pendidikan akan membantu menyalakan percikan semangat dan kesedaran dalam minda anak muda,” ucapnya.

Shah Farid turut menambah, bahasa Mandarin kini diiktiraf sebagai bahasa perniagaan yang sangat penting kerana kebangkitan dan kepesatan ekonomi China yang berterusan. 

Bahasa Mandarin kini diiktiraf sebagai bahasa perniagaan yang sangat penting kerana kebangkitan dan kepesatan ekonomi China yang berterusan
Bahasa Mandarin kini diiktiraf sebagai bahasa perniagaan yang sangat penting kerana kebangkitan dan kepesatan ekonomi China yang berterusan

“Dengan menjadikan pembelajaran bahasa Mandarin lebih mudah dan berpatutan untuk golongan B40, kami berharap dapat memperkasakan mereka dengan ilmu dan kemahiran tambahan agar mereka dapat membina kerjaya yang menjamin masa hadapan. 

“Ia tidak hanya dapat memberi mereka satu sumber pendapatan yang baik, malah secara tidak langsung memberi inspirasi kepada mereka untuk ke tahap yang lebih tinggi dan memberi kesan yang positif terhadap pembangunan sosial, keluarga dan komuniti mereka,” jelas Shah Farid.

Fasih Mandarin adalah cetusan idea Shah Farid sendiri sebagai ikhtiar bagi membantu golongan Melayu B40 untuk berdiri di atas kaki sendiri. 

Fasih Mandarin merupakan sebuah institut bahasa pertama di negara ini yang dijalankan oleh tenaga pengajar daripada kalangan penutur Mandarin bukan anak jati bahasa ini
Fasih Mandarin merupakan sebuah institut bahasa pertama di negara ini yang dijalankan oleh tenaga pengajar daripada kalangan penutur Mandarin bukan anak jati bahasa ini

Selaku graduan Beijing Foreign Studies University, dia telah berjaya menggenggam segulung Ijazah dalam Bidang Kesusasteraan Mandarin. Shah Farid juga merupakan Ahli Kehormat Lembaga Pengajian Fakulti Bahasa dan Pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Dia juga telah dilantik sebagai panel penasihat bagi program Sarjana Muda Sastera Bahasa Mandarin Sebagai Bahasa Asing (Kepujian) dan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Mandarin Untuk Penutur Bukan Jati yang pertama kali ditawarkan di Malaysia.

Ditubuhkan pada tahun 2018, Fasih Mandarin mempunyai tujuh cawangan di seluruh Malaysia dan berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kewangan Malaysia. Semua kursus yang ditawarkan mendapat pengiktirafan Beibu Gulf University, Qinzhou, China. 

Fasih Mandarin merupakan sebuah institut bahasa pertama di negara ini yang dijalankan oleh tenaga pengajar daripada kalangan penutur Mandarin bukan anak jati bahasa ini untuk penyesuaian cabaran yang selalu dihadapi oleh pelajar daripada golongan bukan penutur Mandarin itu sendiri.

Layari Fasih Mandarin  untuk maklumat lanjut. – Getaran, 19 September 2022

Berita Berkaitan

1

Budaya 1 minggu yang lalu

Kisah Setanggi Ratna Inderapura Bakal Difilemkan - Zahidi

2

Jelajah 2 minggu yang lalu

Ambil Peluang Jalin Kerjasama Dengan ITC, Tingkatkan Pelancong Luar - Nancy

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MINDEF Kemuka Cadangan Kenaikan Bantuan Sara Hidup Veteran ATM - Hishammuddin

4

TARA 1 bulan yang lalu

Google Doodle Beri Penghormatan Kepada Azah Aziz

Sorotan

1

Kenapa Rizman Ruzaini Berarak Di Perkarangan Bukit Bintang, Apa Kaitannya Dengan Beg Tote?

2

Piala Dunia 2022: Fasa Terakhir Jualan Tiket Bermula 27 September

3

Jenayah Seksual Kanak-Kanak Tidak Libatkan Sentuhan Fizikal Dijangka Meningkat - Bukit Aman

Disyorkan untuk anda

Refleksi 9 jam yang lalu

Solat Jenazah Ghaib Ke Atas Sheikh Yusuf Al-Qaradawi Di 3 Masjid Malam Ini

Gaya 1 hari yang lalu

Kedai Konsep Gaya Hidup Neu Cycle & Carriage Tampilkan 3 Koleksi Pereka Fesyen Tempatan

Kedai ini menampilkan rekaan pakaian daripada pereka fesyen tempatan seperti Outdwell, Kanoe dan Li’s Atelier yang sebelum ini turut terlibat dalam pertunjukan...

oleh Izwan Ramlan

Teknovasi 1 hari yang lalu

Ujian Selamatkan Bumi, NASA Hempaskan Kapal Angkasa Ke Asteroid Pada Isnin

Projek yang dikenali Ujian Pengalihan Asteroid Berganda (DART) itu, dengan sengaja akan menjatuhkan kapal angkasa untuk melihat sama ada tindakan pemesongan itu...

Refleksi 6 jam yang lalu

Demi Ekosistem, UPSI Pasang Papan Tanda Kesedaran Alam Di Pantai Teluk Dalam, Pulau Redang

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran