web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bantuan SARA: Tampung Perbelanjaan Bulanan Penerima, Kurangkan Kesan Inflasi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2024 12:26PM

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bantu rakyat hadapi peningkatan kos sara hidup. gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Nilai 'RM100' bagi sesetengah pihak tidak memberi kesan besar dalam kehidupan seharian, namun bagi mereka dalam kalangan B40, nilai itu cukup tinggi dan amat diperlukan, terutama dalam menghadapi kos sara hidup semakin mencabar ketika ini.

Ibu tunggal Norfizah Abu samah, 56, menyifatkan ia bagai hilang separuh beban ditanggungnya, sebaik mendapat perkhabaran kerajaan meningkatkan kadar bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM1,200 dengan dibayar RM100 setiap bulan sepanjang tahun ini.

Bantuan tersebut, katanya, bukan sahaja meringankan perbelanjaan dapur, malah turut membantu menyara ibunya yang uzur berusia 98 tahun.

"Saya sangat berpuas hati kerana dengan adanya wang ini bolehlah saya membeli beras, minyak masak, gula, susu dan biskut. Jika lebih lagi mungkin boleh beli sabun pencuci baju pula," katanya yang memperuntukkan antara RM250 hingga RM300 membeli barangan dapur setiap bulan.

Peningkatan kadar bayaran SARA kepada RM1,200 bagi kategori isi rumah berbanding RM600 sebelum ini adalah komitmen jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menangani kesenjangan kekayaan serta membina sebuah masyarakat yang inklusif seperti didambakan dalam kerangka Ekonomi MADANI.

Ini kerana, menurut Pensyarah Kanan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya (UM), Dr Roza Hazli Zakaria, peningkatan sebanyak RM600 itu secara tidak langsung berdaya untuk meningkatkan kuasa beli isi rumah berpendapatan rendah dan mengurangkan masalah sosial kesan daripada faktor kemiskinan.

"Tambahan pendapatan akan dibelanjakan bagi membeli barang keperluan yang tidak dapat diperoleh jika tanpa bantuan ini dan secara tidak langsung meningkatkan keupayaan membeli rakyat.

"Dalam konteks isi rumah berpendapatan rendah, kenaikan kos sara hidup akan memberi tekanan kepada golongan ini, dan ini juga boleh menyebabkan banyak masalah sosial seperti keciciran persekolahan, kekurangan makanan berzat kepada kanak-kanak, konflik rumahtangga, malah kemungkinan berlakunya peningkatan kadar jenayah. 

"Justeru, wajar kerajaan terus membantu golongan ini," katanya.

Bagaimanapun, Roza berpendapat bantuan berbentuk tunai bukanlah solusi mampan untuk jangka masa panjang, sebaliknya perancangan bagi meningkatkan kebolehupayaan golongan tersebut meningkatkan taraf hidup tanpa bergantung kepada bantuan tunai semata-mata sangat diperlukan.

"Tidak dinafikan bantuan tunai membantu golongan berpendapatan rendah memenuhi keperluan tetapi bantuan seperti ini tidak kekal dalam jangka panjang khususnya bagi kedudukan fıskal kerajaan.

"Oleh itu, golongan berpendapatan rendah juga perlu dibantu untuk menjana pendapatan contohnya dari segi latihan dan modal, bantuan pemasaran produk dan sebagainya," katanya.

Biarpun begitu, Penganalisis Ekonomi Putra Business School, Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abd Latiff melihat bantuan SARA yang lebih bersasar membolehkan kerajaan mengurangkan pembelanjaannya, sekali gus melaksanakan lebih banyak inisiatif membantu rakyat.

"Apabila subsidi pukal beralih kepada subsidi bersasar, kerajaan dapat penjimatan dan penjimatan tersebut boleh digunakan untuk maksud lebih banyak bantuan kepada rakyat. Ini (pemberian SARA) mengikut amalan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom yang mengutamakan bantuan tunai atau baucar kepada rakyatnya dan subsidi hanya kepada pemain industri," katanya.

Program subsidi bersasar SARA yang bermula secara berperingkat berjumlah RM700 juta iaitu penambahan sebanyak lima kali ganda berbanding RM130 juta tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Dr T. Saravanan berkata, dengan agihan secara bersasar ini, membolehkan kerajaan memperluaskan bantuan tersebut kepada lebih 700,000 penerima berbanding 230,000 pada tahun lalu dan ini adalah langkah wajar.

Ini kerana, katanya, ketika ini begitu ramai terkesan dengan kenaikan kos sara hidup dan memerlukan suntikan bantuan daripada kerajaan memandangkan pendapatan B40 agak rendah sedangkan kos sara hidup kian meningkat.

"Penerima kategori isi rumah mempunyai lebihan RM100 untuk dibelanja memandangkan ia akan disalurkan secara bulanan bagi isi rumah dan warga emas tiada pasangan.

"Jadi ini akan memberi kelegaan kepada penerima, iaitu mereka boleh menarik nafas lega setiap bulan kerana tahu sekurang- kurangnya ada wang tambahan untuk menanggung kos makanan mereka.

"Bantuan ini juga diharap dapat membantu penerima mengurangkan kesan inflasi dan meringankan beban mereka dalam menyara keluarga masing-masing, terutamanya bagi individu yang mempunyai ramai anak," katanya.

Pelaksanaan SARA tahun ini telah bermula secara berperingkat pada 22 Januari lalu bagi penerima dari Semenanjung, manakala penyaluran bantuan tunai untuk penerima dari Sabah, Sarawak dan Labuan bermula 19 Februari depan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Penduduk Luar Bandar Bakal Terjejas, Kerajaan Perlu Tangguh Hapus Subsidi Minyak - GPS

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Mimpi Jadi Nyata, Hasrat Warga Emas Tunai Umrah Akhirnya Terlaksana

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Menu Rahmah Jadi Buruan, Bantu Rancakkan Perniagaan Kedai Makan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

8 Juta Penerima STR Bakal Terima Bantuan Mulai Isnin - PM

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Singapura 1 hari yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

oleh Sophia Ahmad