web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mimpi Jadi Nyata, Hasrat Warga Emas Tunai Umrah Akhirnya Terlaksana

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2024 5:23PM

Abdul Malik Dasthigeer (dua, kanan) bersama sebahagian daripada jemaah umrah tajaan Malik Streams Corporation Sdn Bhd - gambar Sophia Ahmad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setiap kali mendengar ada dalam kalangan ahli keluarga atau jiran tetangga berangkat menunaikan umrah, hati Mariam Ismail dirundung hiba.

Sebagai seorang muslim, warga emas berusia 78 ini begitu teringin menjejakkan kaki ke Makkah dan Madinah, sekurang-kurangnya sekali sebelum menutup mata.

Memikirkan keadaan diri yang sememangnya tidak berkemampuan dari aspek kewangan, dia hanya mampu menyulam angan-angan dan berdoa semoga hajatnya itu akan tertunai jua.

Benarlah, rezeki tidak salah alamat. 

Mariam Ismail - gambar Sophia Ahmad
Mariam Ismail - gambar Sophia Ahmad

Usaha cucunya, Nur Amiliana Amran Janaina, 34 membuat permohonan kepada Malik Streams Corporation Sdn Bhd membuahkan hasil.

Ternyata rezeki Mariam untuk menunaikan umrah sudah tertulis akan diuruskan oleh syarikat multinasional itu.

Ketika ditemui di majlis pelepasan jemaah baru-baru ini, Mariam tidak dapat menahan air mata.

Kerinduannya untuk menyahut lambaian Kaabah terlaksana juga, bahkan segala perbelanjaan ditanggung beres.

“Waktu diberitahu saya terpilih, rasa tergamam. Tak tahu nak cakap bagaimana, nak rasa apa. Mulanya tak percaya, tapi cucu kata memang betul saya terpilih.

“Memang dah lama sungguh saya berimpian nak ke sana, tapi kewangan tak mengizinkan. Waktu muda banyak dihabiskan dengan membanting tulang membesarkan keluarga. Anak pun bukan orang senang, saya tak mahu bebankan dia dengan meminta-minta,” katanya, penuh emosi.

Nur Amiliana yang dipilih sebagai peneman neneknya itu berkata, dia terlihat tawaran berkenaan di media sosial, dan nekad memohon bagi pihak Mariam.

Nur Amiliana (kiri) bersama neneknya, Mariam Ismail - gambar Sophia Ahmad
Nur Amiliana (kiri) bersama neneknya, Mariam Ismail - gambar Sophia Ahmad

Katanya, sudah menjadi hasrat dia dan ibu mahu menghantar wanita kesayangan mereka itu ke tanah suci, setidak-tidaknya bagi mengerjakan umrah.

“Sepatutnya emak yang teman nenek, tapi dia diserang angin ahmar. Selepas pemilihan, saya adalah calon paling sesuai untuk menemani nenek bagi membantunya di sana. Alhamdulillah, dalam rezeki nenek, rupanya ada terselit rezeki saya,” katanya yang menetap di Gombak.

Terdahulu ketika ditemui Getaran, pengasas dan Pengerusi Malik Group of Companies, Datuk Abdul Malik Dasthigeer berkata, tajaan umrah berkenaan adalah program tanggungjawab korporat sosial (CSR) syarikat berkenaan.

Dimulakan pada 2017, program terbabit pada asalnya melibatkan 50 jemaah yang kesemuanya dari golongan B40.

Jelas Abdul Malik, beliau mahu melakukan sesuatu yang lebih bermakna untuk agama dan ummah, berbanding sekadar menghulurkan bantuan kewangan.

“Saya digerakkan untuk membuat tajaan ini, yang saya percaya adalah petunjuk daripada Allah SWT.

“Segala yang saya terima hari ini adalah kurniaanNya, jadi mengapa tidak saya salurkan kembali untuk agama Islam,” katanya.

Abdul Malik Dasthigeer - gambar Sophia Ahmad
Abdul Malik Dasthigeer - gambar Sophia Ahmad

Beliau memberitahu, tajaan umrah kali ini melibatkan 200 jemaah dari 13 negeri, kecuali Terengganu, yang semuanya dipilih menerusi tapisan terperinci.

“Kita menerima 650 permohonan sebenarnya, tapi selepas ditapis, hanya 200 sahaja layak, termasuk seorang warga emas yang perlu ditemani ahli keluarga kerana sudah uzur.

“Dari jumlah itu, 110  jemaah ialah lelaki manakala selebihnya wanita. Setiap peserta juga kami berikan wang poket 250 riyal (anggaran RM314) setiap seorang,” katanya sambil memberitahu, syarikat mengeluarkan RM1.8 juta untuk menampung segala kos diperlukan.

Getaran dimaklumkan, semua peserta akan berada di Makkah selama enam hari dan melakukan ziarah ke Madinah selama tiga hari.

Abdul Malik juga turut membawa keluarganya untuk menunaikan ibadat berkenaan dan mereka bakal menginap di hotel sama yang diduduki  semua jemaah. - Getaran, 20 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Puteri Sarah Tunai Umrah Lagi, Kali Ini Bersama Ibu Bapa 

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Susuk Tubuh Yang Tinggi Curi Tumpuan Jemaah Umrah

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Jutaan Umat Islam Menunaikan Umrah Sempena Ramadan

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Sabarlah, Sesungguhnya Allah Bersama Orang Yang Sabar...

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang