web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Keputusan Johari Sah, Ikut Undang-Undang’ – Adam Adli

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2024 1:50PM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Keputusan disampaikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berhubung ‘nasib’ enam bekas Ahli Parlimen BERSATU adalah sah mengikut undang-undang.

Menegaskan perkara ini, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abdul Halim berkata, enam Ahli Parlimen tersebut pada zahirnya tidak membelakangi undang-undang, memandangkan mereka tidak pernah menukar keahlian atau meninggalkan parti masing-masing, seperti digariskan dengan jelas oleh Akta Lompat Parti.

Menurut beliau, Johari selaku Speaker Dewan Rakyat mempunyai hak dan kuasa untuk membuat keputusan yang selari dengan ketetapan Perlembagaan Persekutuan dan tidak menyalahi tafsiran Akta Lompat Parti.

“Pembangkang tiada asas kukuh dalam mencabar ketetapan yang telah dicapai oleh Yang Diertua Dewan Rakyat melainkan hanya memainkan sentimen yang dilandaskan kepada naratif dan matlamat politik mereka.

“Andai peruntukan ini dilihat sebagai satu kesalahan atau kelemahan dalam Akta Lompat Parti, ianya terbuka untuk dibahas dan dipinda seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri,” katanya.

Tegas Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu, naratif dimainkan pembangkang jelas bersandarkan kepada takrifan mereka terhadap keputusan dibuat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang membawa kepada kekosongan kerusi DUN Nenggiri.

“Keputusan yang dibuat di DUN Kelantan adalah di bawah tafsiran dan kuasa Speaker DUN, sama seperti kuasa yang diperuntukkan kepada Yang Diertua Dewan Rakyat.

“Hal ini tidak sama sekali menandakan bahawa Dewan Rakyat berkewajipan menafsir dengan pandangan yang sama memandangkan kedua-duanya dipisahkan oleh ruang lingkup kuasa berbeza,” katanya.

Adam Adli mengulas lanjut, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  yang menerima notis kekosongan kerusi DUN Nenggiri dan memanggil pilihan raya kecil perlu dilihat sebagai penyempurnaan proses dan tugas mereka, selaras kewajipan yang diperuntukan kepada SPR apabila menerima notis kekosongan, bukan pembuktian terhadap kewajaran keputusan oleh Speaker DUN Kelantan.

“Kita juga boleh merujuk kepada keputusan dibuat di Dewan Negeri Selangor apabila kerusi DUN Selat Klang diisytiharkan sebagai kekal dan tidak bercanggah dengan Akta Lompat Parti.

“Maka terdapat dua tafsiran berbeza yang bercanggah dalam isu ini. Dewan Rakyat tidak bersendirian dalam mencapai keputusan yang sama,” katanya.

Tambah beliau, semua komponen di bawah Kerajaan Perpaduan tidak seharusnya terbuai dan menari mengikut rentak sumbang pembangkang.

“Jangan terpesona dengan sorakan pembangkang. Enak didengar tapi hanya untuk menjatuhkan kita.

Adalah mendukacitakan andai kita yang bersama dalam Perpaduan ini tidak mampu menolak pesona naratif pembangkang dan hanya menambah kekeliruan dalam kalangan masyarakat yang memerlukan hala tuju yang jelas.

“Kerajaan ini tidak sempurna, wajar sentiasa ditegur, dan perlu banyak pembaharuan. Ini tekad kita sejak awal namun jangan ia dijadikan sebagai alasan untuk sentiasa menyerang tanpa ada tindakan yang lebih konstruktif,” katanya. – Getaran, 13 Julai 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Belia Main Peranan Penting Dalam Keputusan Kerajaan – Adam Adli

2

Politik 2 tahun yang lalu

Speaker Kelantan Umum Kerusi DUN Nenggiri Kosong

3

Politik 2 tahun yang lalu

7 Wakil Rakyat Bersatu Disuruh Letak Jawatan, Kosongkan Kerusi

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Isu Penghijrahan Pakar Perlu Dilihat Menyeluruh - Adam Adli

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad