web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu Penghijrahan Pakar Perlu Dilihat Menyeluruh - Adam Adli

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2022 4:03PM

Adam Adli Abdul Halim berkata isu brain drain tidak hanya boleh bergantung kepada langkah yang diambil kerajaan sebaliknya perlu dikenal pasti punca terlebih dahulu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Isu penghijrahan tenaga mahir atau brain drain khususnya dalam kalangan belia di negara ini perlu dilihat secara menyeluruh, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim.

Beliau berkata antara perkara utama perlu diteliti adalah berkaitan permasalahan ekonomi yang dihadapi golongan terbabit.

“Dalam soal ini, kita tidak hanya beri tumpuan kepada pembangunan belia dari segi kepimpinan atau prestasi sukan sahaja tetapi kita perlu ambil pendekatan untuk kenal pasti perkara berbangkit dalam soal ekonomi belia.

“Tidak semestinya fokus satu isu akan selesai 100 peratus tetapi kita mesti ada kaedah untuk selesaikan masalah ini,” katanya pada sidang media selepas program menghantar pasukan e-sukan Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Beliau berkata isu brain drain tidak hanya boleh bergantung kepada langkah yang diambil kerajaan sebaliknya perlu dikenal pasti punca terlebih dahulu.

“Kalau laksanakan dasar kelak, kita harap dapat selesaikan isu ini sepenuhnya,” katanya.

Baru-baru ini, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilapor mencadangkan kerajaan untuk terus berusaha menambah baik sistem sedia ada dan mengurangkan kesan penghijrahan tenaga mahir tempatan ke luar negara.

Adam Adli berkata selaras hasrat dinyatakan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, isu belia adalah perkara utama yang akan diberi perhatian oleh kementerian itu dalam usaha mencari penyelesaian bagi setiap permasalahan dihadapi.

Katanya, KBS akan melaksanakan setiap inisiatif berdasarkan dapatan yang diperoleh melalui kajian Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 3 minggu yang lalu

Tekanan Industri, Ekonomi Semakin Meruncing, Konflik Global Ancam Sektor Pengeluaran

2

Ekonomi 1 bulan yang lalu

Tekanan Pasaran Kian Meningkat, Amalan Pengendalian Kargo Jadi Kebimbangan

3

Ekonomi 4 bulan yang lalu

AMCRA Mampu Ubah Struktur Industri Pemulihan Kredit, Bantu Lindungi Maruah Peminjam

4

Ekonomi 4 bulan yang lalu

Penubuhan AMCRA Langkah Penting, Wujud Interaksi Profesional Antara Pemiutang Dan Peminjam

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 7 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad