Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


KEB 2024 Perlihat Agenda Perkasakan Ekonomi Bumiputera Tanpa Pinggirkan Kaum Lain

Ekonomi Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2024 12:31PM

Ahmad Zahid Hamidi - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  - Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 yang berlangsung pada 29 Februari hingga 2 Mac lepas, berjaya memperlihatkan agenda untuk memperkasakan ekonomi bumiputera tanpa meminggirkan kumpulan etnik lain di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata KEB 2024 melibatkan keterangkuman pelbagai pihak bagi kepentingan ekonomi negara, apabila melibatkan bukan hanya dewan perniagaan mewakili kaum Melayu dan Islam serta bumiputera lain seperti Kadazandusun, Dayak dan Iban tetapi juga dewan perniagaan Cina dan India selain pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan ekonomi.

"Tiada agenda meminggirkan bantuan kepada kumpulan etnik lain di negara ini. Tidak ada agenda untuk tidak laksanakan pembangunan, pertumbuhan ekonomi yang lebih (menyeluruh) melalui penglibatan semua kumpulan bumiputera selain menyantuni keperluan kaum lain di negara ini," katanya dalam temu bual eksklusif dengan BERNAMA di Bangunan Parlimen di sini.

Memberi jaminan bahawa kepentingan kaum lain turut diberi perhatian oleh kerajaan, Ahmad Zahid berkata mereka juga diberikan pelbagai bantuan termasuk bagi menjalankan perniagaan.

Mengenai tindakan kerajaan selepas KEB 2024, Timbalan Perdana Menteri berkata pada minggu ini, beliau akan mempengerusikan mesyuarat penyelarasan bagi 82 resolusi KEB 2024 sebagai tindakan susulan bagi pelaksanaan resolusi-resolusi berkenaan.

"Kita akan tubuhkan sekretariat tetap kombinasi antara Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang ada Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Kementerian Ekonomi yang mempunyai Unit Perancang Ekonomi (EPU).

"Punca kuasanya adalah Majlis Ekonomi Bumiputera dengan Perdana Menteri adalah pengerusinya dan saya sebagai Timbalan Pengerusi. 82 resolusi itu melibatkan 10 kluster meliputi pelbagai bidang dan mungkin ada beberapa bidang tidak dicakupi yang kita akan rancang melalui MEB dan terus santuni beberapa isu belum dimasukkan (dalam resolusi KEB 2024)," katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata KEB 2024 merupakan kongres ekonomi bumiputera kali ketiga dianjurkan oleh kerajaan dengan yang pertama adalah pada 1965 dan kedua pada 1968.

"Selepas itu banyak lagi kongres anjuran NGO dan beberapa pihak tetapi ia bukan sebagai keputusan kerajaan. la lebih kepada cadangan pada kerajaan," katanya.

Katanya Perdana Menteri telah meminta beliau untuk mempengerusikan Jawatankuasa Pemandu kepada MEB supaya pelaksanannya melibatkan pelbagai kementerian dan agensi terlibat yang melaksanakan resolusi KEB 2024.

"Terdapat tiga jawatankuasa bagi KEB 2024 iaitu Jawatankuasa Induk yang berkaitan dasar, Jawatankuasa Pemandu pula berkaitan dasar-dasar untuk pelaksanaan. Jawatankuasa ketiga adalah Jawatankuasa Kerja, dipengerusikan oeh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, yang akan melihat kepada perbelanjaan perlu dikeluarkan dan jeda waktu pelaksanaan," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

2

Kolum 2 bulan yang lalu

Mendalamkan Makna ‘Agenda Bumiputera Sebagai Agenda Nasional’

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Kadar Tambang Bas Ekspres Eksekutif, Ekonomi Ikut Jadual Tambang - APAD

4

Karier 2 bulan yang lalu

Yayasan Peneraju Hasrat Lahir 3 Jenis Pemimpin Dalam Kalangan Bumiputera

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 8 jam yang lalu

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Ekonomi 1 hari yang lalu

Tesla Turunkan Harga 2 Model EV Mulai Hari Ini