web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Yayasan Peneraju Hasrat Lahir 3 Jenis Pemimpin Dalam Kalangan Bumiputera

Karier Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2024 8:21AM

gambar FB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) berhasrat untuk melahirkan pemimpin perniagaan, profesional dan sosial dalam kalangan bumiputera sebagai usaha menangani pelbagai isu yang dihadapi masyarakat.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ibrahim Sani berkata, matlamat utama pihaknya adalah untuk menyelesaikan isu besar iaitu berkaitan penyertaan dan penguasaan ekonomi yang masih rendah dalam kalangan golongan itu, selain mengubah pemikiran lapuk kepada menumpukan terhadap penciptaan nilai.

"Satu-satunya cara untuk menangani masalah ini adalah dengan melatih semula dan meningkatkan kemahiran baharu bakat bumiputera bagi memenuhi keperluan sektor baharu dan lama.

"Peralihan tenaga, penyimpanan tenaga dan sekuriti makanan antara sektor baru muncul, manakala kewangan dan perkhidmatan perniagaan merupakan sektor lama," katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, Yayasan Peneraju ditubuhkan kerajaan untuk mengukuhkan pembinaan keupayaan bumiputera secara sejagat dan berterusan.

Menurut Ibrahim agensi berkenaan juga mahu meningkatkan kualiti, kuantiti dan kerelevanan bakat-bakat bumiputera sejajar dengan usaha menaik taraf Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi melalui program pembiayaan akademik, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), profesional, teknologi dan spesialis.

Yayasan Peneraju, katanya, pada masa ini sedang melaksanakan proses pendigitalan secara komprehensif antaranya dengan memanfaatkan automasi, kecerdasan buatan (Al) dan analitik serta membabitkan bekas penerima faedah dengan menjadikan mereka sebagai alumni Yayasan Peneraju.

Beliau turut memaklumkan bahawa Menteri Ekonomi Rafizi Ramli akan melancarkan penjenamaan semula Yayasan Peneraju pada 18 April depan yang melambangkan hala tuju untuk tempoh 10 tahun akan datang.

Rafizi turut dijadual menyertai sesi dialog bersama penerima manfaat Yayasan Peneraju. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM Tak Langgar Undang-Undang, Kata LFL

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Dasar Pengambilan Pelajar UiTM Kekal

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Bantah Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera, MPP UiTM Gerakkan Kempen

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa