web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KEB 2024 Perlu Jadi Penggerak Kerangka Agenda Bumiputera - PM

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2024 9:27PM

Perdana Menteri (tengah) menyempurnakan Pra-Peluncuran KEB 2024 - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) yang bakal berlangsung pada 29 Februari hingga 2 Mac nanti perlu menjadi pengerak kepada perspektif serta pendekatan baharu ke atas kerangka agenda Bumiputera. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara tersebut ditekankan ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) Bilangan 1 Tahun 2024 hari ini di Putrajaya.

Menurut beliau, mesyuarat berkenaan dihadiri ahli-ahli MEB terdiri daripada dua Timbalan Perdana Menteri, iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, menteri-menteri berkaitan serta barisan wakil daripada Syarikat-Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC).

“Mesyuarat telah meneliti kertas cadangan hala tuju agenda Bumiputera yang turut mengambil kira input-input yang diperolehi daripada sesi libat urus yang telah diadakan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Jelas Perdana Menteri, penganjuran KEB 2024 perlu melangkau sudut pandang sempit kononnya agenda ini hanya untuk kepentingan Bumiputera.

“Pertumbuhan baharu Bumiputera perlu dikenalpasti selain daripada pengumpulan data yang bersistematik,” katanya.

Anwar memberitahu, beliau usai mesyuarat turut mengambil kesempatan untuk menyempurnakan Pra-Peluncuran KEB 2024. 

“Kongres ini akan berlangsung pada hujung Februari 2024.

“Kerajaan Madani bertekad untuk memperkukuhkan agenda Bumiputera yang akan memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat dan bukan hanya kumpulan tertentu sahaja,” katanya. - Getaran, 14 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 jam yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

2

Semasa 5 jam yang lalu

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

3

Semasa 1 hari yang lalu

PM Terima Penghargaan Sultan Selangor, ‘LRT3 Shah Alam Bukan Projek Untuk Bermegah’ 

4

Semasa 2 hari yang lalu

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?