web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Najib: Keputusan Lembaga Pengampunan Adalah Muktamad - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2024 8:50PM

Perdana Menteri dikerumuni orang ramai ketika hadir di konvensyen khas ulang tahun ke-25 PKR hari ini - gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Sebarang keputusan yang dibuat dalam Lembaga Pengampunan berhubung perkara berkaitan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dipenjarakan adalah muktamad, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Menurutnya, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kata putus sebagai pengerusi Lembaga Pengampunan, dan kerajaan Persekutuan tidak akan mempersoalkan kuasa raja.

Ini termasuk sebarang keputusan raja mengenai penahanan rumah Najib, tambahnya.

Beliau mengulangi bahawa beliau tidak akan campur tangan dalam mana-mana perintah tambahan untuk memberikan Najib tahanan rumah, walaupun dikritik kerana tidak melakukan apa-apa.

“Perkara ini di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan titah raja. Itu jawapan saya, berdasarkan perbincangan dengan Peguam Negara dan maklumat daripada raja-raja Melayu dan raja.

“Kami tidak cuba untuk mengurangkan keputusan yang dibuat oleh hakim. Entah bagaimana, pihak tertentu tidak berpuas hati dengan (pendirian kami).

“Pendirian kita jelas, keputusan mesti dibuat dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan dan keputusan muktamad raja juga perlu dibuat dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan.

“Sehingga kini tidak ada tindakan kerajaan yang menyinggung peranan dan kuasa raja-raja Melayu. Mereka yang tidak memahami keputusan itu, mereka tidak layak menjadi pengulas politik,” katanya ketika berucap pada konvensyen khas ulang tahun ke-25 PKR di sini.

Perdana Menteri sempat meluangkan masa bergambar dengan orang ramai - gambar PMO
Perdana Menteri sempat meluangkan masa bergambar dengan orang ramai - gambar PMO

Jumaat lalu, Anwar berkata beliau tidak mahu campur tangan dalam perkara itu sambil berkata kerajaan menghormati kebebasan Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Agong.

Najib telah memfailkan permohonan undang-undang untuk mendapatkan jawapan sekiranya terdapat perintah tambahan daripada bekas Agong membenarkan beliau menjalani baki hukuman di bawah tahanan rumah.

Bagi menyokong permohonan Najib, Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr AhmAd Zahid Hamidi memfailkan afidavit untuk mengesahkan kewujudan perintah tambahan itu.

Menjawab Pengkritik

Anwar turut mengecam pengkritik kerajaannya, mengucapkan selamat maju jaya dalam usaha mewujudkan perpecahan dalam kerajaan perpaduan.

“Kepada kumpulan orang ini, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya dan selamat tinggal. Ia tidak akan berjaya,” katanya.

Beliau berkata kerajaan perpaduan itu kukuh tanpa sebarang keretakan antara parti.

Anwar juga menambah bahawa pengkritik mendakwa rakyat menderita kerana kerajaan tidak melakukan apa-apa.

“Tanya mereka siapa yang menderita? Adakah mereka yang bergelar Datuk dan Tan Sri?” tanya Anwar.

Presiden PKR itu juga berkata partinya telah mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran kerana mempunyai idealisme.

Bagaimanapun, tambahnya, tidak pernah ada satu peristiwa di mana idealisme dikekalkan sepanjang zaman.

“Jadi, kita mesti gilap idealisme ini,” tambah Anwar.

Menurutnya, tarikan terhadap kekayaan, kemewahan dan aset telah memesongkan banyak pihak.

“Kita juga telah melihat pengkhianatan dalam parti. Sebab itu dalam muktamar khas ini, kita mesti bersedia menilai apa yang menjadikan PKR sebagai tonggak dalam perjuangan yang diceburi,” kata Anwar. – TMI, 21 April, 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

2

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

3

Politik 6 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Johor Akan Lebih Baik Jika Ditadbir Pemimpin Yang Berani’ - Anwar

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran