web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


7 Wakil Rakyat Bersatu Disuruh Letak Jawatan, Kosongkan Kerusi

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2024 8:48PM

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Keahlian tujuh wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), iaitu enam ahli parlimen dan seorang ahli dewan undangan negeri (ADUN) yang sebelum ini menyatakan sokongan mereka terhadap Kerajaan Perpaduan, diumumkan sebagai tergugur secara automatik.

Berikutan itu, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris, kesemua mereka perlu melepaskan jawatan dan mengosongkan kerusi yang dimenangi dengan serta merta.

Enam ahli parlimen itu yang sebelum ini menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, terdiri daripada Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Datuk Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang); Zahari Kechik (Jeli); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman, manakala ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari turut mengumumkan memberi sokongan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Razali yang dipetik portal berita BH Online, berkata tidak perlu menunggu notis pemecatan, berikutan kelulusan pindaan perlembagaan parti yang dibuat pada Perhimpunan Agung Khas (EGM) parti itu, 2 Mac lalu, sudah memadai.

Katanya, parti itu hanya akan menghantar surat pemakluman berserta notis kelulusan pindaan Perlembagaan parti seperti diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

"Enam Ahli Parlimen dan (seorang) ADUN digesa tidak menunggu surat daripada BERSATU, sebaliknya jika anak jantan (gentleman), lepaskan jawatan dan umum kosongkan kerusi," katanya.

Dilaporkan, pada 2 April lalu JPPM sudah meluluskan pindaan kepada perlembagaan Bersatu, yang membenarkan parti itu membatalkan keahlian wakil rakyatnya yang tidak akur dengan pendirian parti.

Razali berkata, kesemua wakil rakyat terbabit wajar umumkan kekosongan kerusi bagi membolehkan Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan.

"Jangan jadikan alasan menunggu notis daripada Bersatu untuk membuat keputusan," katanya.

Sebelum ini, keenam-enam ahli parlimen itu dilaporkan menyatakan sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan berikutan mereka memerlukan dana untuk pembangunan di kawasan masing-masing.

Sokongan kesemua mereka menyaksikan Perdana Menteri kini mempunyai majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. – Getaran, 12 April 2024

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

‘Keputusan Johari Sah, Ikut Undang-Undang’ – Adam Adli

2

Politik 2 tahun yang lalu

Speaker Kelantan Umum Kerusi DUN Nenggiri Kosong

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 11 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 15 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar