Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Harumanis Tiruan Tak Jejas Pasaran Baka Asli Perlis

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2024 8:34AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR - Harganya memang lebih murah tetapi mangga didakwa Harumanis dari Kemboja dan Thailand yang melambak di pasaran tempatan ketika ini, nyata 'tewas' dalam segala aspek jika hendak dibandingkan dengan Harumanis asli dari Perlis.

Pengerusi Persatuan Pengusaha Harumanis Perlis, Datuk Hashim Suboh berkata, kelebihan itulah yang membuatkan peminat Harumanis dari seluruh tanah air tetap tercari-cari buah dari negeri ini hingga membuat tempahan awal daripada pekebun sebelum kedatangan musim.

Pengerusi Persatuan Pengusaha Harumanis Perlis, Datuk Hashim Suboh. - gambar Rafisqi Radhi
Pengerusi Persatuan Pengusaha Harumanis Perlis, Datuk Hashim Suboh. - gambar Rafisqi Radhi

Katanya, buah yang dibawa masuk dari Thailand dan Kemboja itu sebenarnya sama sekali bukan dari jenis Harumanis seperti dicanang sesetengah peniaga.

"Itu sebenarnya mangga susu dan bukannya Harumanis. Sebab itu perbezaannya terlalu ketara dengan Harumanis dari Perlis yang lebih halus dan lembut dari segi teksturnya.

"Keharuman dan manis Harumanis Perlis juga lima atau enam kali ganda lebih baik daripada buah dari negara jiran itu. Kalau Harumanis asli ini, rasa manis yang sebati dengan keharuman itu seakan melekat di tekak dan 'nikmat' sebegitu tidak dapat dirasai pada buah dari negara jiran berkenaan.

"Rasa mangga susu itu tidak 'menangkap' seperti apabila kita makan Harumanis. Sebab itu peminat-peminat Harumanis dari seluruh negara tetap mencari produk asli daripada pengusaha di Perlis saban tahun, daripada membeli mangga dari Thailand serta Kemboja yang juga banyak dijual di merata-rata tempat," katanya.

Mengulas lanjut Hashim berkata, tindakan melabelkan mangga susu dari negara jiran itu sebagai Harumanis Thailand dan Kemboja dipercayai dibuat pihak luar kerana mahu mengelirukan pelanggan bagi meraih keuntungan.

"Selagi mana pihak berkuasa tak ambil tindakan, itu terpulang kepada merekalah. Kita sudah bercakap tentang perkara ini beberapa kali supaya pihak berkuasa termasuk Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (MAQIS) dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pastikan tiada mana-mana pihak menggunakan nama Harumanis sewenang-wenangnya.

"Itu pihak berkuasalah kena ambil tindakan dan sebenarnya menjadi tanggungjawab kerajaan negeri juga kalau betul-betul nak pertahankan Harumanis Perlis. Tetapi kalau kerajaan negeri anggap tiada apa-apa dan hanya 'syok' sekali-sekala buat majlis pelancaran karnival Harumanis, maka tak ke manalah," katanya.

Ladang Harumanis Perlis. - gambar Rafisqi Radhi
Ladang Harumanis Perlis. - gambar Rafisqi Radhi

Di sebalik semua itu katanya, pasaran Harumanis bagi pekebun-pekebun komersial tidak pernah terjejas kerana buah itu memiliki peminat tersendiri yang sentiasa mendambakan keaslian rasanya.

"Biasanya mereka yang membeli Harumanis ini orang yang memang dah biasa menikmatinya. Mereka tetap akan cari Harumanis asli dari Perlis apabila tiba musimnya.

"Lagi pun Harumanis ini bukannya dimakan hari-hari. Kalau orang boleh selalu masuk restoran Korea atau Jepun yang mahal hingga mencecah RM50 sekepala, apa sangatlah untuk mereka menikmati mangga premium terbaik di Asia Tenggara sesekali dalam setahun bersama keluarga?" katanya.

Ketika ini Harumanis Perlis dijual pada harga sekitar RM35 sekilogram, bergantung kepada pekebun.

Harga Harumanis agak tinggi disebabkan sifat buah tersebut yang amat 'manja' dan mudah rosak hingga memerlukan penjagaan rapi sepanjang tahun. - gambar Rafisqi Radhi
Harga Harumanis agak tinggi disebabkan sifat buah tersebut yang amat 'manja' dan mudah rosak hingga memerlukan penjagaan rapi sepanjang tahun. - gambar Rafisqi Radhi
Berbeza dengan kebanyakan mangga tempatan, pembungkusan Harumanis dibuat dengan teliti sebelum dihantar kepada pelanggan yang menempahnya. - gambar Rafisqi Radhi
Berbeza dengan kebanyakan mangga tempatan, pembungkusan Harumanis dibuat dengan teliti sebelum dihantar kepada pelanggan yang menempahnya. - gambar Rafisqi Radhi

Harganya agak tinggi disebabkan sifat buah tersebut yang amat 'manja' dan mudah rosak hingga memerlukan penjagaan rapi sepanjang tahun walaupun di luar musim, bagi memastikan kualitinya terpelihara. - Getaran, 3 Mei 2024

Sorotan

1

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

2

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

3

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

4

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

5

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

6

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

Singapura 9 jam yang lalu

PM Singapura Bercakap Dengan Anwar, Pemimpin Lain Pada Hari Pertama Bertugas

Semasa 1 hari yang lalu

Tak Jadi Bunuh Diri, Lelaki Berpaut Di Tiang Jambatan

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 9 jam yang lalu

Pelancong Jerman Lemas Di Pulau Perhentian