web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Tahniah Pihak Yang Buat Ugutan, Hasrat Anda Sudah Tertunai’ - T Mohan

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2024 8:50PM

T Mohan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - “Saya terima kekalahan hari ini dengan hati terbuka, tapi saya kesal kerana ada pihak yang ‘bermain secara kotor’,”.

Itu sindiran tajam diungkapkan bekas Naib Presiden MIC, Datuk T Mohan selepas keputusan pemilihan menyaksikan beliau gagal mengekalkan kedudukan sebagai Naib Presiden. 

Bercakap kepada Getaran hari ini beliau berkata, kekalahan itu sama sekali tidak akan mematahkan semangatnya untuk berjuang membela nasib komuniti India tempatan.

“Awak bayangkan, saya menerima sokongan padu 8,280 cawangan walaupun saya diberitahu, ada yang cuba bermain kotor dengan mengugut mereka agar tidak mengundi saya. Untuk yang memberi ugutan ini, syabas saya ucapkan. Hasrat anda telah tertunai,” katanya, sinis.

Jelas Mohan, beliau amat menghargai sokongan diberikan dan akan terus kekal bersama MIC walaupun ada pihak yang melihat kehadirannya sebagai satu ancaman.

“Saya lahir dalam MIC. Perjuangan saya bermula dalam parti ini dan kerana itu, saya tidak akan sesekali melompat ke parti lain walaupun menerima banyak tawaran.

“MIC parti keramat buat saya. Hiduo dan mati saya adalah bersama parti ini,” tegasnya.

Justeru beliau memberitahu, adalah amat menyedihkan apabila pemilihan kali ini dicemari pelbagai kepincangan dab jelas melanggar konsep ketelusan yang cuba diterapkan pimpinan Kerajaan Perpaduan.

“Terlalu banyak ketidaktelusan yang dibiarkan berlaku sewaktu pemilihan. Bagaimana Pengerusi Pemilihan yang sepatutnya bebas dan berkecuali boleh menyatakan dengan jelas sokongan terhadap calon tertentu? 

“Ini bukan dakwaan kosong atau fitnah. Beliau sendiri membuat pengakuan kepada media. Bagaimana Presiden parti boleh mencalonkan dirinya sebagai Pengerusi Pemilihan?” bidasnya.

Akui Mohan, beliau menjadi mangsa kepada kepincangan itu apabila terpaksa menentang calon yang menjadi pilihan Presiden.

“Adakah itu adil untuk calon lain? Adalah normal jika Presiden mahu berkempen untuk calon yang beliau sukai tetapi janganlah pegang jawatan Pengerusi Pemilihan. Sebagai Pengerusi, anda perlu bersikap adil kepada semua. Bukan ini satu perkara asas,” katanya kesal. 

Mohan bagaimanapun berkata, beliau tidak bercadang untuk memanjangkan perkara ini namun perbuatan seperti itu perlu segera  dihentikan.

Nama baik parti katanya, pasti akan terjejas sekiranya kepincangan ini dibiarkan terus berlaku.

“Saya harap selepas ini tidak akan ada isu seperti ini pada pemilihan akan datang. Jangan cakap pemilihan kali ini bersih apabila yang berlaku adalah sebaliknya. Tolong berlaku kepada adil kepada semua calon bertanding selepas ini,” katanya. 

Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran dalam kenyataan kepada FMT sebelum ini mengaku memberikan ‘sedikit’ sokongan kepada seorang lagi calon Naib Presiden, Datuk R Nelson.

Dakwanya, Nelson memerlukan sokongan kerana beliau tidak berada dalam ‘kumpulan yang sama’ dengan tiga calon lain. - Getaran, 8 Julai 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Palanivel Meninggal Dunia

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

3

Politik 2 tahun yang lalu

MIC Janji Bantu Kempen PRK Kuala Kubu - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Hina Agama Hindu: Zamri Vinoth Harus Segera Dihukum - MIC

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad