web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hina Agama Hindu: Zamri Vinoth Harus Segera Dihukum - MIC

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2024 8:41PM

Thinalan Rajagopalu - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan segera harus diambil ke atas pendakwah bebas, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu kerana menyinggung sensitiviti agama.

Ketua Penerangan MIC, Thinalan Rajagopalu berkata, kenyataan dibuat Muhammad Zamri di media sosial telah menyinggung hati penganut agama Hindu di negara ini.

Menurut beliau, ramai dalam kalangan penganut agama berkenaan telah membuat laporan polis susulan perkara itu.

“Amat mengecewakan apabila hingga hari ini, masih tidak ada tindakan diambil dan sedikit sebanyak, ia menghakis kepercayaan masyarakat terhadap kredibiliti pihak berkuasa.“Zamri Vinoth harus sekurang-kurangnya dihadapkan ke mahkamah, disiasat dan disabitkan dengan kesalahan mengguris perasaan masyarakat Hindu,” katanya kepada Getaran.

Tegas Thinalan, perpaduan antara kaum ialah tunjang keharmonian di Malaysia, justeru sebarang kenyataan berunsur 3R (raja, kaum dan agama) tidak seharusnya dibiarkan begitu sahaja.

“Perkara yang melibatkan 3R tidak boleh dipandang ringan kerana ia  berpotensi menggugat keharmonian masyarakat majmuk.

“Apa yang diungkitkan oleh Zamri Vinoth boleh dituduh di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan juga di bawah 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana menyebar kandungan yang jelek,” katanya.

Muhammad Zamri baru-baru ini menerusi video di TikTok didakwa membuat kenyataan yang menghina agama Hindu.

Menerusi video berkenaan, dia dikatakan membuat penjelasan mengenai dewa yang disembah penganut agama terbabit, termasuk Dewa Shiva. - Getaran, 28 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Palanivel Meninggal Dunia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

3

Politik 2 tahun yang lalu

‘Tahniah Pihak Yang Buat Ugutan, Hasrat Anda Sudah Tertunai’ - T Mohan

4

Seni & Hiburan 2 tahun yang lalu

Pembatalan Permit Persembahan Sharul Channa Ambil Kira Laporan Polis Video Berkait Isu 3R

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 4 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad