web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2024 12:39PM

Anwar Ibrahim - Gambar Najjua Zulkefli

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan hipokrasi pembangkang yang mempersoalkan pelaburan BlackRock dalam Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB).

Menurut beliau, pemimpin Perikatan Nasional (PN) sendiri bertanggungjawab memberi kebenaran kepada firma dikaitkan dengan Israel itu untuk menguruskan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Beliau memberitahu Dewan Rakyat demikian ketika mempertahankan pelaburan Global Infrastructure Partners (GIP) yang dikaitkan dengan Israel dalam MAHB.

“Apa yang kita korbankan dalam kerjasama dengan GIP? Apa yang dikorbankan kerajaan Perikatan Nasional tatkala serah BlackRock untuk uruskan dana EPF (KWSP)?” katanya. 

Katanya, beliau juga melihat pemimpin PN kini dengan mudah mengubah hukum dalam menilai pelaburan seperti institusi melibatkan BlackRock mengikut musim.

“Kenapa tidak fikir sewaktu (luluskan pelaburan BlackRock) tahun 2021?” soalnya kembali ketika diasak pembangkang di Dewan Rakyat.

Malah beliau tetap mempertahkankan keputusan dibuat pada 2021 itu walaupun keputusannya melibatkan pihak sama dikritik pemimpin PN yang kini di kerusi pembangkang.

“Saya pertahankan keputusan itu. Saya tidak jadikannya isu politik,” tambahnya.

Katanya lagi, kerajaan juga membenarkan pelaburan GIP dalam MAHB disebabkan keperluan mendesak untuk mendapatkan suntikan dana yang besar untuk memajukan lapangan terbang negara.

Ditanya sama ada terdapat institusi lain yang boleh menyumbang pelaburan sama bagi menggantikan GIP, beliau berkata tuntutan pihak tersebut tidak dapat dipenuhi.

Katanya, pelabur institusi berkenaan antara lain menuntut untuk menguasai kedudukan pengerusi dan ketua pegawai eksekutif dan juga pelaburan lebih besar dari yang dihadkan dalam MAHB.

“Sukar mana-mana syarikat asing hendak kerjasama kalau tidak kuasai majoriti atau urus atau jadi pengerusi atau CEO,” tegasnya.

Bagaimanapun jumlah saham awam tidak boleh ditambah manakala jawatan pengerusi dan ketua pegawai eksekutif perlu diisi rakyat Malaysia untuk menjaga kepentingan negara, katanya.

Tambahnya, KWSP dan juga Khazanah yang menguasai majoriti saham dalam MAHB tidak dapat membuat pelaburan lebih besar kerana akan menjejaskan pelaburan dalam sektor lain.

Soalan mengenai peranan BlackRock antara lain dibangkitkan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang).

Selain pembangkang, pemilikan saham GIP dalam MAHB juga dibantah oleh gerakan anti-Israel antarabangsa Boycott, Divestment, Sanctions (BDS) cawangan Malaysia.

Gabungan ini menekan kerajaan supaya menghalang setiap badan yang menyumbang kepada tindakan genosid Isreal ke atas masyarakat Palestin. – The Malaysian Insight, 25 Jun 2024.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad