web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRK: Saingan 3 Penjuru Di Pelangai Antara BN, PN, Bebas

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2023 11:30AM

Calon Barisan Nasional, Datuk Amizar Abu Adam (kanan) dan calon Perikatan Nasional, Kasim Samat bertegur sapa dan bergambar bersama selepas selesai menyerahkan borang pencalonan masing-masing di Pusat Penamaan Calon di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BENTONG - Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada 7 Oktober ini menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Bebas.

Mereka terdiri daripada Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bentong, Datuk Amizar Abu Adam dari BN; Naib Yang Dipertua PAS, Bentong Kasim Samat (PN) dan Haslihelmy DM Zulhasli, calon Bebas yang akan menggunakan simbol kereta. 

Perkara berkenaan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Pelangai, Datuk Mohammad Shahid Ismail pada jam 10.16 pagi di pusat penamaan calon di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul di sini, hari ini.

Mohammad Shahid memaklumkan Amizar, 50, yang diiringi seorang pencadang dan penyokong menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.01 pagi diikuti Kasim, 63, seminit kemudian dan Haslihelmy, 36, pada jam 9.08 pagi.

SPR menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari bermula hari ini sehingga 11.59 malam pada 6 Okt dengan pengundian awal pada 3 Okt.

Seramai 16,456 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu termasuk 36 anggota polis dan tiga Pengundi Tidak Hadir Luar Negara. 

Terdahulu, Amizar tiba di pusat penamaan calon diiringi penyokong serta Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Kasim yang sebelum ini pernah bertanding di kerusi DUN itu pula diiringi Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Pengerusi PN Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

PRK Pelangai, yang pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Pahang, diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun, 53, dalam nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas. 

Pada PRU15, Johari yang mewakili BN menang dengan majoriti 4,048 undi, menewaskan Kasim (PN), Ahmed Wafiuddin daripada Pakatan Harapan (PH) dan calon Pejuang Isa Ahmad.

Komposisi DUN Pahang selepas PRU15 adalah BN dan PN masing-masing mendapat 17 kerusi manakala PH menang lapan kerusi. Kerajaan Pahang terbentuk dengan kerjasama BN dan PH. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

‘Tahan Aktivis GSF Perbuatan Zalim, Bebaskan Mereka Segera!’ - Anwar

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

4

Politik 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar