web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gemar Tukar Pendirian Politik, PAS 'Ugly King Maker'

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2023 9:07PM

Mohd Puad Zarkashi - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan PAS yang sering menukar pendirian semata-mata untuk menghalalkan ideologi politik mereka meletakkan parti itu sebagai Ugly King Maker.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata,parti yang kononnya berorientasikan Islam itu kini terlalu angkuh, apatah lagi selepas menjadi sekutu kuat BERSATU di bawah panji Perikatan Nasional (PN).

"Betul, PAS adalah King Maker. Tetapi Ugly King Maker. PAS boleh tukar fatwa untuk menghalalkan tindakan politiknya.

"PAS jadi angkuh kerana kini dia King Maker kepada (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) dan BERSATU," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas gesaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor semalam, untuk semua parti politik di negara ini melibatkan PAS dalam perjuangan masing-masing.

Dakwa Sanusi, parti lain khususnya UMNO tidak boleh menafikan peranan PAS dalam memperjuangkan pelbagai isu, termasuk berkaitan perpaduan politik di Malaysia.

Menerusi hantaran sama, Mohd Puad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit menyelar tindakan PAS kerana kerap menghukum dan melabel pihak tidak sehaluan dengan mereka sebagai 'anti Islam'.

"PAS akan menghukum dan melabel sesiapa sahaja sebagai anti Islam untuk menjadi King Maker.

"PAS tinggalkan siapa sahaja yang dia mahu," katanya lagi.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini menolak saranan untuk menjalinkan semula kerjasama dengan parti atau pemimpin yang bermuslihat.

Saranan tersebut dikemukakan bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang mendesak kedua-dua parti kembali menjalinkan kerjasama bagi mengembalikan semula gabungan Muafakat Nasional (MN). 

Menolak saranan itu, Zahid menegaskan, kerjasama politik yang dijalin harus bebas daripada sebarang manipulasi.

Walaupun tidak menamakan sesiapa, kenyataan berkenaan dipercayai merujuk kepada PAS dan barisan kepemimpinannya. - Getaran, 31 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

3

Politik 2 tahun yang lalu

PAS Harus Terima Kenyataan, Pembatalan 16 Peruntukan EJSK Bukti Kelemahan DUN Kelantan

4

Politik 2 tahun yang lalu

AMANAH Perlu Pendekatan Baharu Bagi Tangani Strategi PAS

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar